Kemudahan di Kembara Homestay

Thursday, April 14, 2011

Mungkir janji?

T_T saya telah mungkir janji???
Sepatutnya Selasa kelmarin aku patut bagitau hadiah ape yang aku bagi pada amani kan?kan?
Mintak mahap ye semua...saya tidak berniat untuk mungkir janji..
Cumanya Selasa haritu bos suh aku pegi meeting kat Kolej Komuniti Ledang..
Tau tak kat mane? Kat Tangkak tu...
3 jam pegi (dari Bandar Penawar ke Tangkak)...3 jam balik (dari Tangkak ke Bandar Penawar)....semuanya berjumlah 6 jam...
Petang kang insyaallah aku akan upload gambar hadiah Amani kat dalam blog ni...:)


Monday, April 11, 2011

Hadiah birthday amani ke 8 bulan :P

Assalamualaikum....
Dah 3 hari aku tak bukak blog, tak baca blog dan tak post ape-ape entry...
Maklumlah...I kan surirumah bekerjaya...
Helloo..macam lah aku sorang je yang keje dalam dunia ni kan? kan? kan?
Semalam en. suami mengajak aku pegi shopping barang dapur kat Econsave Kota Tinggi..
Amani pon nak beli barang dia jugak...amani nak beli susu..susu amani dah nak habis..
So semalam ayah belikan amani susu Lactogen sekotak :)
Time kacih ayah....sayang ayah..(ibu pon sayang ayah jugak :P)

Minggu  ni kitorang tak pegi kedai buku...tunggu nanti dapat gaji..
Aku nak beli satu buku gak ar...jeles betul tengok en.suami baca buku kat umah T_T
Padan hal banyak je buku-buku novel en.suami kat umah tu yang aku belum sempat baca satu habuk pon!!!
Aiyaaa......

Ni ha...aku nak bagitau ni...
Petang tadi kat ofis masa aku pegi admin aku check barang aku dah sampai ke belum...
Dengan bangganya aku pon bukak sampul pos laju...sambil tersengih-sengih macam kerang busuk (kesian kerang..)
Amani punya hadiah sempena menyambut ulangtahun kelahiran nye yang ke 8 bulan pada hari esok telah selamat sampai...
Ibu telah berbesar hati menghadiahkan amani...tadaaaa...
Hati anda pasti terpaut apabila melihatnya...
Tunggu esok aku bagitau ye...sebab amani pon tak tengok lagi hadiah dia :)
Jumpe esok ye...:)

Thursday, April 7, 2011

Meeting oh meeting

Ada tak sesape kat sini suka masuk meeting?
Kalau ada sila beritahu...aku nak buat tabik spring...
Sejak aku bekerja kat tempat baru ni...kerap betul aku kene masuk meeting..
Tak sah kalau dalam sebulan tu takde... T_T
Macam tadi...aku diminta masuk meeting untuk memperjuangkan nasib unit ict...
Yes...sebab saya adalah ketua unit saya T_T
Aku rasa macam tidak percaya bila aku boleh menjawab soalan dengan begitu hebat sekali...hahahaha
Aku teringin nak jadi cool macam Usop Wilcha....
Tulun..tulun...tulun...

Wednesday, April 6, 2011

Tudnung Avicenna Boutique & Gallery dah sampai!!!

Wow...hari ini setelah berhempas pulas ...
Dan sedang ketika mata aku keletihan mengadap pc dari pagi ke petang, tetiba mata aku telah disegarkan dengan sesuatu yang aku tunggu-tunggu kehadirannya..
Yes...tudung syria yang aku order sebanyak 3 helai dari butik avicenna telah sampai ke tangan aku akhirnya...
Kos penghantaran menggunakan pos laju cuma berjumlah RM6 sahaja...(oklah tu kan...nak pegi Jalan TAR dah susah sebabnya saya dah duduk kat Johor T_T)
Aku sangat-sangat berpuas hati!
Next time dapat gaji saya order lagi :)

Kalau korang berminat silalah layari blog beliau :)







Tuesday, April 5, 2011

Joomla! dan aku

Semalam aku tak sempat nak post ape-ape entry...
Ceh..bz sangat ke aku?
Hahaha....aku memang tak bz pon hari-hari T_T
Tengahri tadi aku baru pas hadirkan diri kat jamuan pot luck persatuan pekerja  kolej ni..
Unit aku dengan bermurah hatinya telah memberikan sumbangan makanan berupa 4 kotak aiskrim..
Tengok-tengok tadi lepas majlis selesai aiskrim semua abis licin..:)

Aku tengah pening update website kolej aku ni..
Pengarah dan minitkan pada aku penilaian laman web agensi kerajaan akan bermula april ni...
Aku tak nak jadi penyebab kolej ni dapat 0 bintang nanti...T_T
Aku tengah berhempas pulas mengupdate website sambil dibantu oleh encik google mencari tutorial...
Tulun...Tulun...Tulun...

Sunday, April 3, 2011

Zaman budok-budok

 Di kala aku tengah ketandusan idea nak update website kolej aku ni....aku pegilah godek-godel ext hardisk aku cari gambo lelama...
Gambar yang aku letak kat bawah ni semua nya gambar kat kampung aku Ayer Baloi..
22 Disember 2007 masa ni kalau tak salah aku raye haji...
Gambar ni kitorang amik lepas pakwe aku (suami aku yang sekarang ni) balik pasir gudang...
Gambar selepas puas mengontrol ayu depan pakwe....sampai naik kejang urat saraf...haha


Aksi terlampau bersama sepupu-sepupu. Kalau dorang tau aku letak gambar-gambar ni dalam blog aku jamin mesti dorang suh buang gambo-gambo ni.Maklumlah mereka-mereka semua dah menjadi anak dara...(saham tengah naik)

Angah, Along, Aku, Han, Apis

Sampai sekarang aku tak tau ape motif kitorang amik gambar macam ni

Ni semuanya gambar buang tabiat

Inilah gambar tokmak kami yang suka bergambar. Dia turut menjadi mangsa kerakusan kami.
Wah..dah macam dalam lirik lagu "Kalau Berpacaran'
 boleh pandang-pandang
jangan pegang-pegang
duduk regang-regang
bertambah sayang
biar malu-malu
biar segan-segan
kerna malu itu perisai orang beriman

Memang malu-malu habislah masa nak tangkap gambar ni. Maklumlah jarang jumpe..:P




Pengaruh tabiat membaca suami saya

Semalam, kami anak beranak jalan-jalan kat Jusco Tebrau.
Cadangnya nak pegi kedai buku.
Aku nak carikan amani ABC 123 yang tampal kat dinding tu.
Ape ar nama dia???hahaha...
Suami aku pulak memang dah hobi dia membeli buku...
Semalam em.suami beli buku "Saya Pun Melayu"..
Cover depan buku tu macam gambar kat bawah ni...
(Aku dah buat proposal kat en.suami supaya beli almari buku nanti...buku-buku beliau dah semakin banyak...rak tv dah tak mampu menampung buku-buku beliau :P )


ihsan dari google

Amani pulak ayah dia belikan ABC bergambar ngan 123 bergambar untuk lekatkan kat dinding..
Nampaknya amani suka bangat tengok gambar yang colourful kat kertas tu... :)

Akibat kepenatan berjalan, amani dengan ayah dia tertido bersama-sama kat dalam bilik lepas maghrib..
Dalam pukul 730 tuuu..
Ibu pulak selsema...tengok tv sorang-sorang je semalam..
Tengok ABP 2010....Kesian ibu....tak sape pedulikan ibu... :'(