Kemudahan di Kembara Homestay

Wednesday, April 27, 2011

Ikan bilis goreng tempoyak

Assalamualaikum semua...
Ha..harini aku nak share satu resipi istimewa from Negeri Sembilan...
Tempoyak kan sinonim dengan N.Sembilan (N.9)..
Oleh kerana suami aku orang N.9, maka sedikit sebanyak cara pemakanan aku pon ada kalanya dipengaruhi dengan ramuan tempoyak dan cili padi..
So, semalam husband aku request aku masak ikan bilis goreng tempoyak..
Ni first time aku nak masak dan makan benda ni...
Jadinya cara nak masak masakan ni kenalah aku aku tanya pada adik ipar aku...
Malam tadi aku try lah masak dengan hati yang tidak keruan sebab takut tak menjadi...
Mujur suami aku cakap sedap..logo den...ngehngeh...

So , ini bahan-bahannya :

BAHAN-BAHAN
Ikan bilis
1/2 biji bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
2 biji cili padi-tumbuk pakai lesung batu
 sedikit tempoyak
minyak untuk menggoreng

CARA BUAT
  1. Goreng dulu ikan bilis.
  2. Dah siap goreng ketepikan dulu,kasi sejuk dulu.
  3. Kemudia gunakan minyak yang sama untuk goreng ikan bilis untuk menumis bawang besar dan bawang putih.
  4. Dah agak-agak garing sikit masukkan pulak cili padi yang dah ditumbuk.
  5. Kacau sampai garing.
  6. Bila dah garing masukkan pula tempoyak.
  7. Goreng dalam 1-2 minit dengan api yang perlahan.
  8. Tutup api...sejukkan dulu.
  9. Bila ikan bilis goreng dan tempoyak tadi dah sejuk...baru campur kedua-dua bahan tadi (kalau tak nanti ikan bilis lemau)
  10. Tadaa...dah siap... :)
Trylah kalau sudi :)

Lagu untuk ibu-by Brothers

Lagu ini adalah antara lagu yang aku suka pasang time aku drive...
Mengingatkan aku pada pengorbanan emak aku dan semua emak-emak dalam dunia ni...
Bila aku dah berpengalaman melahirkan dan membesarkan anak aku sendiri barulah aku faham bahagaimana sayangnya dan kasihnya emak kita pada kita..
Mak aku sangat tabah orangnya...
Kalau orang buat ape-ape kat dia, dia diam je..tak melawan pon...
Dia lembut je orangnya....dan sangat-sangat penyabar (alangkah bagusnya kalau aku dapat jadi lembut cam dia...)
Penah sekali masa anak aku tak berenti-renti nangis, dia pon sama-sama nangis ngan anak aku...(kan aku dah kene pujuk dua-dua..huhu)
Dulu masa muda-muda mak aku sangat manis orangnya...sekarang pon manis jugak..hehe
Sampai sekarang dia berjaya memaintainkan badan dia dengan berat bawah 48kg...huhu
Ingat lagi masa aku pas abis SPM..masa tu aku ngan mak aku on the way jalan kaki dari umah pegi stesen LRT...boleh pulak ada mamat mana ntah ngurat aku dan maku aku sekali...pergh...tercabar kredibiliti aku..muahahaha..
Bukan sekali dia kene ngurat, dah banyak kali pulak tu depan mata aku...hahaha...
Sebelum aku kawin mak selalu pesan supaya jaga penampilan even dah beranak pinak...
Yelah mak.....saya ingat...huhu...
Ape-apepun semua emak-emak kita adalah yang terbaik...umpama malaikat yang menjaga kita dari dalam kandungan sampailah ke alam dewasa :)
Cuma mak-mak yang buang anak dalam sungai, dalam longkang, etc tu je yang takde hati perut, jantung, ginjal, paru-paru..
Patutnya orang macam ni kene letak dalam kandang beruang...biar beruang cakor-cakor ..huhu
Sampianya hati dorang buang anak yang dorang yang telah membesar dalam rahim dorang....
Jom kita share lirik lagu ni bersama-sama :)



Lagu Untuk Ibu
Artist: Brothers
Song Category: Nasyid
Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya


Tuesday, April 26, 2011

Rindunye saya pada anak saya...

Dah hampir seminggu amani ada kat KL ngan atuk dan nenek dia...
Lepas kursus kat KL aritu aku tak dapat nak bawak balik dia ke Johor...
Kerete jabatan penuh masa tu....aku takut amani tak selesa..kebetulan dia selsema dan batuk masa tu...
Aku balik Johor pon petang dah masa tu...
So, demi kebaikan amani, ibu terpaksa tinggalkan amani kat nenek dan atuk dulu..
Tiap-tiap petang lepas aku balik dari kerja rasa sunyi je umah..
Selalu aku lah yang hantar dia ngan amik dia dari umah baby sitter..
Kat umah dia suka tengok ASTRO Ceria..pagi-pagi sebelum hantar dia pegi umah babysitter aku selalu bukak ASTRO Ceria..kul 7 pagi ada cerita kartun Ozie Boo Save The Planet...kul 6.30 petang@TV9 pulak dia suka tengok Upin dan Ipin.. 
Itu belum masuk keletah dia lagi...suka benar buat bising-bising...kadang-kadang dia sebut da da da..kadang-kadang dia sebut ta ta ta...kadang-kadang dia sebut ya ya ya...
Bila ayah dia balik dari kerja bukan main gelak-gelak dia...
Uwaa...rindunye.... T_T
Kesian amani, dek kerana ibu ayik kene pegi meeting/kursus, amani asyik kene tinggalkan aje ngan nenek dan atuk...huhu
Insyaallah kalau takde aral, hujung minggu ni kita jumpe :)

Monday, April 25, 2011

Nak masak ape ek malam ni?

Aku sedang berada dalam mood suam-suam kuku ni...
Rasa macam nak tido je...huhu
Petang-petang ni selalu rasa ngantuk je...uwaaaa....
Ape aku nak masak malam ni ek?
Mungkin kailan ikan masin bersama telur dadar kot...

Oklah...nak sambung wat keje balik....zasss....

Sunday, April 24, 2011

Ops membuat tempoyak

Alkisah...semalam aku bersama suami tercinta..hehe..jiwang le pulak...pegi berfoya-foya kat Econsave Kota Tinggi..
Amani dahlah takde kat umah..sunyi je umah kami T_T
Lepas balik Econsave tu en.suami singgahlah kat tepi jalan beli durian...
Nak beli durian punye pasal sampai ibu jari aku tersepit pintu kereta...
Sakit betul...tapi oleh sebab nak cover malu takut-takut orang jual durian ngan pembeli-pembeli durian nampak....aku buatlah muka macam biasa...hahaha...Bengong je rasa masa tu...hahaha
Sekilo RM12...(durian gred baik punyo!)
So amiklah 3 biji...so kenelah bayar RM60...haha..bapak mahal...takpe..en.suami yang bayar....
Malam tu bermulalah episod makan-makan durian...kami larat makan sebijik aje..
Isi durian tu gemuk-gemuk betul...pastu tebal..pastu manis...memang terbaik dari ladang lah orang cakap...
So malam ni nak sambung lagi makan durian lagi sebiji..
Yang lagi sebiji en.suami suh aku jadikan tempoyak...
Dia nak suh aku masak lemak tempoyak lah tu...nasiblah aku ni jenis tak cerewet..asalkan namanya makanan aku belasah je..hihi
Nenek aku cakap nak buat tempoyak tu sennag je...
Kikis isi durian dari bijinye.. (biji campak kat belakang umah dengan harapan tumbuh menjadi pokok durian)
Gaul isi durian ngan garam halus...
Simpan dalam bekas bertutup rapat...tapi jangan isi durian tu penuh sangat dalam bekas..sebab nenek aku cakap durian ni ada gas...kang meletup pulak bekas tu....
Dalam 2 3 hari dah jadi tempoyak dah..
Tapi kalau nak sedap lagi peram dalam seminggu....
Ok malam ni aku nak try buat tempoyak...

Tempoyak memang best..dulu masa aku stadi kat terengganu, roomate aku (budak terengganu dan budak kelantan) ajar aku makan biskut cecah tempoyak yang dia dah gaul ngan cili api..
Memang sedap....Finger lickin' goodlah...hahaha

Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Pada 18-20 April yang lepas aku telah dijemput untuk menghadiri Seminar ICT Kolej Komuniti 2011 di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur..
Hotel ni betul-betul tepi puduraya...
Masa aku duk KL aku tak penah amik pot pon pasal hotel ni..
Tengok-tengok tak sangka pulak aku dapat bermalam kat hotel ni secara free :P
Yang bestnya bilik aku kat tingkat 11..betul-betul menghadap bangunan Kota Raya, KLCC, KL Tower dan jalan raya....
Hotel ni boleh tahan cantik...tak taulah bape bintang...
Paling best makanan-makanan dia....i love to eat :P
Semua benda aku cuba rasa...sayur, buah, kek, nasik, lauk..semua aku rasa...memang tamak betul...hahaha
Umpama mesin makanan dah aku ni....
Aku paling-paling suka Puding Roti hotel ni..
Memang terbaik dari ladang!!!
Sampai sekarang masih teringat-ingat kesedapan puding roti tu... @_@

Saturday, April 23, 2011

Seperti yang dijanjikan....

Salam....selamat hari Ahad semua...
Korang buat ape tu?engok rancangan
Aku baru je pas tengok rancangan Jaguh Kampung kat Astro Prima...
Rancangan ni lebih kurang macam rancangan Iron Chef kat AFC channel..
Cumanya rancangan ni melibatkan perlawanan antara 2 kampung...
Peserta diberi masa 60 minit untuk menyiapkan beberapa hidangan yang telah ditetapkan berdasarkan bahan-bahan yang diberikan...
Best jugak tengok gaya peserta masak dalam masa 60 minit...cekap betul dorang masak :)


Ok...seperti yang dijanjikan...aku nak tunjuk hadiah apelah yang aku bagi pada Amani sempena birthday dia yang ke 8 bulan aritu...
Hadiah nye adalah...topi yang dikait (HAT CROCHET)...ditempah khas daripada Miri, Sarawak daripada kawan lama aku...
Berkenan betul aku tengok baby dia pakai topi ni...
So aku mintak tolong untuk tempah dari dia...
Tapi bukan dia yang jahit...jiran dia yang jahit...
Selalu je kalau survey-survey topi ni kat kedai online mesti sold out..geram betulll...
Nasiblah ada member aku yang sorang ni :)
Jom tengok ke lawa an topi tu...




Lawa tak...?lawa kan...nanti aku upload gambar amani pakai topi ni...
Harga topi ni adalah :
  • Harga topi + 1 kuntum bunga = RM20
  • Untuk tambahan bunga seterusnya, 1 kuntum bunga harga dia =RM4/kuntum
Murah kan? Untuk amani aku belikan blue, pink dan purple colour :)
Cuma aku tengah dok fikir ni macam mane caranya nak elak kan amani dari cuba mencabut topi ni semasa topi ni ada kat kepala dia..
Tiap kali aku pakai tiap kali tu lah dia cuba nak cabut topi ni..pandai sungguh...T_T

Kalau ada sesape nak tempah jangan segan-segan bagitau saya ye :)