Kemudahan di Kembara Homestay

Monday, May 9, 2011

Global warming kah?

Sejak dua menjak ni terasa betul kebahangan waktu malam...
Tak pernah-pernah dalam sejarah saya sekeluarga bukak kipas siling sampai 5..
Itu pon terasa panas....Ni yang terasa nak pakai aircond ni....hihi
Saya terdengar dalam berita Sinar Pagi tadi...Jabatan Meteorologi menjangkakan cuaca panas ni mungkin akan berlanjutan dalam seminggu lagi..
Dan mungkin selepas itu? hujan kot....
Kita hanya mampu menjangka..tapi tuhan jua yang menentukan..
Setinggi mana pon teknologi ciptaan manusia, manusia tetap tidak mampu menandingi kekuasaan Allah S.W.T (contoh terdekat tsunami di Jepun..takziah kepada mereka)
Jadi...marilah kita beramai-ramai menjalankan kempen minum air masak banyak-banyak untuk mengelakkan tubuh kita dehidrasi...

Amani balik kampung moyang kat Ayer Baloi :)

Fuhh...dah berkepam blog aku..
Dah lama tak update blog sebab aku kene pegi Terengganu pulak minggu lepas..
Sabtu yang lepas my baby bucuk amani dan my price charming si encik suami mengambil peluang melawat moyang amani merangkap nenek aku (aku panggil dia tokmak)..:)
My lovely emak dan my lovely abah jugak datang kat sana sekali...
Sungguh seronok..lama dah aku tak jumpe tokmak...
Amani nampaknya hepi..tapi hepi nye ditunjuk kan dengan cara menangis..huhu..
Tok mak amik nangis, nenek sedara dia (adik ipar mak aku) amik nangis, atuk sedara dia (adik aku) amik pon dia nangis...dengan aku, ayah dia, atuk dia  ngan nenek dia je yang dia nak...
Why bebeh...??Kerana........
INI SUDAH TERBUKTI YANG AMANI DAH KENAL ORANG..ATAU DALAM ERTI KATA LAIN DIA DAH MULA TAKUT ORANG YANG DIA TAK BIASA JUMPE :'(
Malam tu kami makin besar..
Abah aku dengan bermurah hatinya belanja kitorang makan kat Pontian...
Semua orang makan ngan enak terutamanya aku yang makan tak hingat dunia...sampai kan anak aku mak aku yang tolong pegang masa makan (sila jangan contohi sifat-sifat saya)
Cuma amani ngan tokmak je yang tak makan...
tokmak order air laici...(tokmak aku memang jenis tak makan lauk kedai)
amani pulak minum susu...

Hari Ahad kitorang pon  balik...mak abah aku ke KL...dan aku pulak ke Johor...
Babak-babak air mata sedikit berkurangan kali ni...
Selalunya mak aku garenti nangis bila berpisah dengan amani...(bukannya nangis sebab berpisah ngan aku...uwaaaaa)
Mungkin mak aku dah semakin bijak mengawal emosi :P

Sabtu ni kitorang balik kampung moyang amani yang satu lagi kat gemas..untung amani ada lagi 2 orang moyang :)

Sunday, May 1, 2011

Outstation ke Terengganu pulak

Esok, Rabu dan Khamis bermulalah episod kehidupan aku kat Kuala Terengganu pulak..
Kali ni aku bermeeting kat Primula Beach Hotel..
Tinggal lagi lah suami dan amani kat Johor..sian dorang....huhu...
Tempat ni macam lawa je dari dalam gambar kan?

credit to google
Rindunya zaman study kat UiTM Dungun dulu...
Boleh katakan hari-hari tengok laut sebab UiTM tu betul-betul depan laut...
Sekarang ni pon boleh katakan setiap minggu aku tengok laut sebab umah aku dekat dengan Desaru :)
Esok member aku janji nak datang jenguk aku kat hotel...
Dia orang Perak tapi dah bermastautin kat Terengganu ikut suami dia...
Hopefully dapatlah jumpa ko ye Aishah...nak gak tengok muka orang baru pregnant :P
Oklah...aku  nak pegi packing barang....bubbye...



Saturday, April 30, 2011

Selamat Hari Pekerja

Credit to google

Selamat Hari Pekerja kepada semua...Nikmatilah hari cuti anda pada hari ini dan esok sepuas-puasnya :)

Friday, April 29, 2011

Pesta Tanjung Balau 2011

Adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang serta semua yang membaca blog aku...
1 Mei ni ada Pesta Tanjung Balau...untuk maklumat lanjut baca info kat bawah ni ye...

Sumber dipetik daripada http://www.kejora.gov.my/web/guest/sorotan/pesta_tgbalau_2011

Pesta Tg Balau 2011 Sempena Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2011 Bahagian Pelancongan KEJORA akan mengadakan Pesta Tanjung Balau bertempat di Kompleks Pelancongan Tanjung Balau bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Pelbagai aktiviti/ pertandingan menarik akan diadakan pada hari tersebut , antaranya Pertandingan Bola Jaring, Bola Sepak Pantai, Batu Seremban, Congkak, Memancing Pantai, Dam Aji, Permainan Tradisional, Sukan Pantai, Mewarna, Melukis, Sukaneka, Pakaian Beragam, Karaoke Suka-Suka, Kuiz Muzium dan Explorace . Pelbagai gerai dan pameran juga disediakan pada hari tersebut, antaranya Gerai Makanan, Kraftangan dan lain-lain.

Orang ramai adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Pesta Tanjung Balau 2011.  
Kalau sesiapa yang ttakde ape nak buat 1 Mei ni, meh pakat-pakat datang ke Tanjung Balau...

Thursday, April 28, 2011

Beli baju online dari MH Collections

Hari isnin haritu (hari dapat gaji) aku telah terorder 2 helai baju dari MH Collections..hehe...
Senang je...order online+bayar online+then tunggu posmen datang hantar :)
So pagi tadi aku dah dapat benda yang order tu ...
Kalau nak tengok ape yang aku order jom tengok gambar kat bawah ni..amacam...cantik tak?ngehngeh...
100% kain cotton :)

Gambar ihsan dari MH Collections

Gambar ihsan dari MH Collections
Aku dah lama sebenarnya nak cari tshirt labuh yang macam ni kat kedai-kedai..tapi susah...
Kalau ada pon lengan pendek....aku dahlah malas nak pakai inner...panas tu pakai 2 lapis...huhu...
Kalau ada pon aku terjumpa tshirt labuh lengan panjang yang design dia aku tak berkenan...fussy kah aku?
MH Collections ni baju dia cantik-cantik..design dia pon agak up to date...
So kalau korang pon antara orang yang tercari-cari tshirt labuh macam ni...
Dipersilakan untuk orang add facebook MH Collections ni...
Korang boleh klik kat sini untuk ke facebook dia...MH Collections..

Bila saya service kereta

Pagi tadi dalam pukul 10 aku mintak excuse dari bos untuk service kerete kat bengkel keta...
Minyak hitam aku ni patutnya kene tukar dah lama dah...tapi ni dah terlajak bape km dah...huhu
Dulu yang tukang service adik aku ngan husband aku...
So kali ni aku memberani kan diri pegi service kerete...huhu (teruk betul aku ni kan?)
Sambil mekanik tu tukar minyak hitam, aku tanya lah punca minyak aku selalu menitik kat bawah..
Aku kata bocor ke?
Mekanik tu katalah  oil seal bocor..tu sebab minyak hitam aku tu menitik...so benda alah tu kene ganti...
Benda alah kat bawah nilah gambar oil seal..
from google


Aku tanya benda tu bape hinggit?
Mekanik tu kata 10 hinggit je...
Dalam hati aku bukan main gumbira lagi...
Celah gigi je nak bayar...hahaha
Tapi tetiba plak mekanik tu tambah satu lagi ayat "Tapi kalau adik nak ganti, kene dalam 2-3 ratus kot sebab kos upah bukak enjin, sebab oil seal tu ada dalam enjin...tapi benda ni tak membahayakan..cuma kene rajin check dan tambah minyak hitam bagi jangan sampai kering"
Mekanik tu tunjuk kat uku rupe oil seal kat enjin kete wira yang ada kat atas lantai...
Humangai....pengsan aku dengar...tapi aku taklah wat pengsan depan mekanik tu...huhu
Aku pon cakaplah "Takpelah bang, lenkali lah saya tukar ye"
So next time...misi saya nak tukar oil seal... :)