Kemudahan di Kembara Homestay

Tuesday, February 21, 2012

Kene tukar header ni

Salam.
Nampaknya saya dah lama tak bersiaran.
Saya telah melahirkan cahayamata kedua yang diberi nama Shafiyyah Alya pada 9 Januari 2012, 7.45 pagi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.
Bayi tahun naga orang kata.
Jangan tak tau, anak saya dilahirkan seberat 4.04kg, secara normal :)
Alhamdulillah syukur kepada tuhan...sangat mudah melahirkan.
Nanti saya akan bercerita experience saya bersalin 2nd baby pada entry yang lain ya...

Sepanjang berpantang 44 hari ni langsung takde mood nak menaip entry baru.
Padanhal kalau ikutkan banyak je boleh dicitekan kan kan kan.
Memandangkan saya dah mempunya dua cahayamata, so nampaknye kenelah tukar header kat atas tu.
Erm....tengah cari idea ni...huhu
Korang leh bagi cadangan tak?

Sunday, January 1, 2012

Bola :: Amani vs ayah





Enjoy gambar-gambar ni ye...:)

Our 2nd wedding anniversary cake


Entry ni agak basi dah ...anniversary saya dah lepas 29 Nov 2011 aritu dah..tapi saja je nak buatgak entry ni....sebelum ni xde kesempatan nak buat entry pasal kek ni...Red velvet cake from my husband....kek cantik..rasa pon sedap...Tanx my beloved husband :)

Saturday, December 31, 2011

Bayi Januari 2012

Salam....sedar tak sedar harini dah nak masuk 38 minggu saya pregnant. Kalau ikutkan masa Amani dulu, masa 37 weeks 3 days saya dah bersalin....awal 16 hari dari EDD. Mak bidan@tukang urut saya pas bersalin nanti menjangkakan saya akan bersalin lagi awal dari EDD....nurse pon cakap mungkin awal sebab kepala baby mmg dah berada kat laluannya...patutlah sejak dua menjak ni saya nak jalan pon dah tak larat...nak duduk pon rasa x selesa..apetah lagi nak baring2...wait n see...Ape2pon saya mintak semua rakan-rakan mendoakan saya dan bayi yang akan dilahirkan nanti selamat.  :) Bayi saya akan lahir pada Januari ini....

Wednesday, December 14, 2011

Demam Masterchef

Salam semua.
Korang nengok tak rancangan Masterchef?

credit to google

Saya dn husband saya merupakan kipas susah mati (die hard fan) rancangan ni.
Rasa nyesal jugak kalau termiss nengok rancangan ni..hehe...
Konon-konon saya nak jadi macam peserta-peserta dalam rancangan tu.
Semua pandai masak....seawal umur 18 dah boleh tunjuk kebolehan memasak yang super kaw-kaw.
Tabik spring sama korang...:)

Dalam banyak-banyak episod, saya paling tertarik dengan episod peserta yang dibahagikan kepada pasukan merah dan pasukan biru.
Pasukan biru kena masak kat rumah pengacara Azura Zainal Abidin.
Pasukan merah pulak kene masak kat rumah Sazzy Falak.
Masa dorang semua kene pergi dapur untuk start masak, dalam hati saya siap kata "Dapur Azura ni agak sempit, kesian kumpulan biru...nak gerak pun susah...Dapur Sazzy besar....senang kumpulan merah nak masak".

Ingatkan dengan kelebihan tu pasukan merah yang menang, rupe-rupenya idok.
Pasukan biru yang menang.
Kat sini saya nak buat sikit kesimpulan mengapa pasukan biru menang, mengapa pasukan merah kalah.
Ini hanya pendapat peribadi saya sahaja :)

Pasukan biru telah diadili oleh keluarga Azura yang pada pandangan saya sangat-sangat humble. Mungkin mereka ini dari golongan yang sederhana. Ada beberapa kesalahan yang dilakukan oleh para peserta telah dibackup oleh ahli keluarga Azura sendiri.. :)

Pasukan merah pula telah diadili oleh keluar Sazzy yang sememangnya kita ketahui dari golongan atasan. So bab2 makanan western ni memang dorang terer. So kalau ada yang tak kene tu memang kene kaw-kaw dengan family Sazzy. Tapi kesalahan terbesar yang dilakukan oleh pasukan merah adalah kerana menghidangkan daging yang masih ada benang terikat. Lupe nak bukak agaknye sebab mengejar masa yang suntuk.

Korang tengok masterchef?

Monday, December 5, 2011

Braxton Hicks

Salam readers...
Dah lama betul saya tak membuat sebarang entry.
Pejam celik pejam celik saya pon dah semakin sarat..dah hampir 9 bulan dah rupenya saya mengandung.
Alhamdulillah... kalau ikut due 19 januari 2012.
Sekarang ni perut saya semakin kerap mengeras.
Mungkin inilah yang dinamakan Braxton Hicks.
Doakan saya dipermudahkan bersalin nanti ye kawan-kawan :)

Thursday, November 10, 2011

Amani pandai buat ape sekarang?

Salam readers.
Lama sudah saya tak mengupdate blog ghupenya.
Idea nak menulis ada, tapi tak berapa nak ada masa nak buat N3.
Ceh..kononnya nak cakap dia sorang jelah bz ...hahaha

Raye kurban aritu saya, suami dan amani beraye kat Gemas.
Sekarang ni anak dara saya dah semakin pandai..kadang-kadang dia buat kelakar.
Rasa tak puas jumpe ngan amani.
Di saat saya tulis entry ni saya terbayang-bayang lagi kelincahan amani...miss u amani...

Meh saya listkan ape yang amani dah pandai buat sekarang :
  1. Since dia dah pandai jalan ni...pandai pulak dia tarik tangan sape-sape yang bawak dia jalan-jalan. Dia pulak yang pimpin kitorang.
  2. Aritu ayah amani beli kan kasut cap BATA yang berbunyi bila amani berjalan. Agaknye bunyi kasut tu perlahan sangat, dia pon hentak-hentak kasut tu.
  3. Amani dah pandai cakap nak kalau dia nak sesuatu. Contoh kalau dia nak makan kek ke...roti ke...dia akan cakap nak...Cute...:)
  4. Amani dah pandai suap orang yang suap dia makan.. :)
  5. Sekarang amani dah mula tdo lambat sebab asyik nak main je keje dia.
  6. Dah pandai panjat katil, meja solek, meja tv....dan berapa kali jatuh katil :(
  7. Amani tak boleh nak tengok ibu dan nenek dia pegang/dukung baby lain...dia jeles....nanti diapon nak mintak dukung jugak
  8. Amani dah pandai smack down budak sebaya dia atau budak yang lagi kecik dari dia..ish..camne nak
  9. dapat adik ni...risau ibu..hehe
  10. Amani suka berkawan ngan budak yang umur 3-4 tahun ke atas.
Sambung nanti ...:)