Kemudahan di Kembara Homestay

Monday, May 20, 2013

Sepetang di Taman Tasik Bandar Penawar

Gambar di atas nun merupakan gambar kami sekeluarga berhujung minggu kat Taman Tasik Bandar Penawar.
Dekat je dengan kawasan rumah kami. Lebih kurang dalam 5 minit cenggitu je dari rumah.
Aktiviti kat tasik ni sama macam orang lain buat..bagi makan roti kat ikan.
Sesambil bagi ikan makan sempat jugaklah si Alya bedal sekeping roti.
Tu roti dua tiga ketul kat gambar atas tu saya punya kejelah tu.
Punyalah pemalas dah nak cubit roti...campak jelah seketul.
Tu dia..ikan terus datang makan beramai-ramai macam ikan pirana dalam tivi.
Suami saya kata ikan dalam tasik ni ikan talapia.
Comot dah ghupe tasik ni sebab pokok teratai penuh sangat kat permukaan tasik ni.
Kesian plak saya tengok ikan tersepit kat celah² akar teratai...haha..
Hujung minggu ni nak bawak anak² ke mana pulak agaknye ye?

Sunday, May 12, 2013

Penang most wanted

Tiket hot seat ni adalah tajaan dari pejabat saya. Kalau nak beli sendiri memang veranganlah. Perjalanan tak sampai sejam pun dihidangkan nasik lemak+snack bagai. So saya memang tak makanlah dalam flight. Kalau saya nak teruskan jugak niat saya untuk makan dalam flight, sila kunyah laju² ye. Cititel tu nama hotel saya menginap. Kalau dok hotel, saya paling concern bab makanan because i'm food lovers. Memang makanan kat hotel ni terbaik dari ladang. Umpama berada di syurga makanan..dan sekaligus mematikan niat aku untuk diet..hihi..

Sampai je kat Penang, we all berjalan² sekitar Georgetown. Kat Penang ni ada service bas percuma. Tapi saya tak berapa sure semua bas dalam Penang ni percuma ke atas bas yang ada sign age HOP ON FREE sahaja kah yang percuma? So ape kata kita bertanya pada En. Google pasal bas ni.You all nampak tak gambar palang besi yang saya tangkap kat gambar atas tu. Itu bukan saja² tangkap ye. So motif??Itu gambar tempat duduk. Saya tangkap sebab saya suka design tempat duduk tu. Awesome!

Serius saya tak tau...Sepanjang saya duduk penang selama setahun sebelum ni saya tak tau pun kewujudan yang dipanggil "Seni Jalanan" dan "Karikatur Besi". Memang katak bawah tempurung lah aku ni. Seni jalanan yang  berupa lukisan mural kat atas tu ada yang hampir tertangal catnya. Sayang sungguh sekiranya kita semua takde inisiatif nak  menjaga hasil seni yang cantik seperti ini. Gambar kat atas tu gambar lukisan yang saya sempat kunjungi.

Ok..ini kunjungan saya ke Nasi Kandar Line Clear pulak. Sungguh saya tak sangka, kedai yang dibuka kat lorong kecik celah² kedai ni mampu menarik ramai orang untuk singgah ke sini. Hebat kan? Orang dah tak kisah dah panas ke..takde aircond ke...janji dapat makan kat sini. Makanan kat sini sedap...saya bagi 2 thumbs up! Harga pon not bad. Taklah mencekik darah. Kedai ni kata orang dibuka 24 jam.
 Antara tempat yang saya lawati ketika di Penang!

Gambar kat atas tu gambar saya pegi 5D Cinema@ 1st Avenue Penang. Kami pilih untuk merasa naik roller coaster dengan harga RM15. Harga asal RM20. So korang yang rajin tawar menawar tu jangan lepaskan peluang turunkan harga ye. Hehe...Disebabkan saya dah penah merasa naik roller coaster yang real punye, so saya taklah rasa takut pon...hahaha... Mesti tauke 5D Cinema bengang dengan statement aku ni..hihi...

Dan yang paling best, saya telah menerima kunjungan dari sahabat lama masa zaman study dulu. Siap hadiahkan 2kg jeruk kat saya. Tanx Rozi..muah..muah....hahaha..Rozi dah bermastautin kat Penang. Sanggup tu dia datang airport nak jumpe saya...So saya nak bagi anugerah BFF kepada Rozi... :)

So, kepada sesiapa yang tak penah merasa pegi Penang lagi....best wa cakap luu....

Thursday, May 2, 2013

Amani n Alya warded

22-26 April lepas saya dan suami berkampung di hospital 5 hari berturut2 di Regency Specialist Hospital.

Si adik warded 22-24 April...Kemudian diikuti pulak kakak 23-26 April.
Both my daughter disahkan +ve rotavirus selepas ujian dilakukan ke atas sample stool mereka berdua.

So kepada parents semua...sekiranya anak2 vomit+diarrhea+demam yang berlanjutan lebih dari sehari, silalah asingkan anak anda dari kanak2 lain (sekiranya dihantar ke taska/rumah pengasuh) dan cepat2 bawak jumpe doctor.
Kepada yang menjaga kanak2 yang dijangkiti hendaklah mengamalkan kebersihan secara menyeluruh antaranya basuh tangan setiap kali menukar pampers, jangan berkongsi makanan dan sebagainya.




"Punca badan hilang air akibat cirit-birit, muntah berpanjangan boleh bawa maut"-petikan Berita Harian 16/02/2012


Memang kesian sangat anak2 saya..muntah setiap kali makan, selera makan berkurangan dan perut kembung.
Benda ni berlanjutan seminggu ke dua minggu.
Memang kesian sangat...memang susut sikit lah berat anak daraku berdua ni.
So bila warded, doctor masukkan air doctor bagi ubat yang gile banyak.
Susu pun kene minum susu formula tanpa laktosa atau susu berasaskan soya je.
Kalau minum susu biasa memang memberak lah jawabnye.






Tanx to Dr. Kate yang cute kerana merawat anak2 saya dengan baik sekali. Love u :) (Dengan harapan Dr. Kate terbaca entry i..hihi)
 

 

Monday, April 8, 2013

Rezeki Alya masih ada lagi :)

Alhamdulillah sehingga kini Alya masih dapat merasa nikmat menyusu badan.
Syukran ya Allah atas kurniaan rezekiMu :)

Friday, March 29, 2013

3 series...

3 series dah saya...
Dulu masa kecik2 menggatal nak merasa angka sweet 17...
Bila dah mencecah umur belasan tahun menggatal nak rasa umur 2 series...
Ha..amik ko...sekarang nak merasa pulak tak umur 4 series..?

Tapi kadang2 terbangga jugak sebab even umur dah mencecah 3 series ni, ada jugak orang tak sangka saya belum ada anak...
Yang paling best ada orang sangka saya student :P
Hihi...ini kisah benar...

Hahaha...melayang sekejap kat udara...

Oh..how time flies...
Anak saya dah ada dua dah...
Si Amani tu mulut macam bertih jagung.Dah pandai bercakap ayat2 yang panjang.
Comel je bila bercakap...
Pandai pulak dah menyanyi lagu Sayang nyanyian penyanyi  Indon-Shae.
Si Alya pulak boleh tahan tak nak mengalah ngan kakak Amani dia.
Sumbat je segala makanan semua dibedal.
Hai anak2...mencabar kesabaran betul.. :)
Ibu sayang kamu2...
Syukur ke hadrat tuhan kerana mengurniakan suami yang  bertanggungjawab kepada saya dan anak2.
Sayang kamu... (bila nak merasa dapat bunga sejambak ni?  :P )