Kemudahan di Kembara Homestay

Thursday, February 24, 2011

Siri mengedit gambar amani - part 2


gambar di atas telah diedit oleh saya dengan menggunakan adobe photoshop..
simple aje...sebabnya saya adalah golongan yang baru belajar software ini..
 Best betul guna photoshop ni...macam-macam ada :)


Selamat Hari Lahir adik nombor 2

hari ni 25/2/2011 merupakan birthday adik aku Mohd Hanafi Bin Rahman yang ke 25...
Untuk berkenalan dengan beliau boleh bukak blog dia http://johnjeninz.blogspot.com/
(han aku adh tolong promote blog ko ni..hahaha)
27/2/2011 pulak birthday adik aku Mohd Hafiz Bin Rahman yang ke 27...
14/2/2011 pulak birthday aku...
waa..pandai sudah mak abah aku plan bila anak-anak dia patut lahir..hihi
Semoga ko berjaya di dunia dan di akhirat...amin...




credit to google

Malaysia vs Pakistan

Tahniah buat pasukan Harimau Melaya kerana berjaya memenangi perlawanan kelayakan Olimpik kat Stadium Shah Alam malam tadi...
(Aku sempat tengok separuh masa pertama je oi...separuh masa kedua aku dah tertido dengan anak aku...haha)

Tapi boleh tahan jugak panas baran salah seorang pasukan Pakistan ni...
Ade ke patut dia tendang kaki penjaga gol kita..
Tak pasal-pasal je dapat kad merah..
Itulah padahnya bila tak dapat mengawal perasaan...
Ape-apepun aku ucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan kita sebab menang 2-0...

Wednesday, February 23, 2011

Amani kene cucuk arini

Pagi tadi aku bawak amani pegi cucuk kat klinik kesihatan bandar penawar
Kali ni amani kene amik suntikan untuk 6 bulan pulak..
Macam biasa..mula-mula timbang berat dulu..
Kene bukak pampers dan baju dulu sebelum timbang...
Dan hasilnya..tadaaaa....7.0kg je...turun 0.2kg dari bulan lepas...
Adakah puncanya amani sedang belajar untuk merangkak?
Lepas tu ukur tinggi pulak...
Dan hasilnya....59 cm....bulan lepas 68cm...bulan ni turun 59cm...ape ke pelik ukuran tu...
Boleh pulak ukuran tinggi turun pulak ek...
Ke sebab klinik ni salah ukuran?
Ataupun klinik sebelum ni kat KL salah amik ukuran?
Ntahlah...
Dan lepas tu cucuk pulak...
So 28/4 adalah next appointment amani yang seterusnya...
Jangan buat-buat lupe ye ibu..

Tuesday, February 22, 2011

Gelagat amani pagi ini

Macam biasa...pagi-pagi aku akan hantar si kecik ni ke rumah pengasuh dia...
Macam tau-tau aje...selalu kalau hari cuti pandai pulak dia bangun awal...630 pagi dia dah bangun...
Tension je...haha..kalau boleh hari cuti lah nak bangun lambat...kan? kan?
Tapi kalau hari kerja ni...saje je dia bangun lambat-lambat...huhu
Selalu kalau agah-agah dia pepagi dia ketawa-ketawa...(mood amani biasanya ok waktu pagi..huhu)
Tapi tu hari cuti jelah...
Kalau hari kerja..hmmm....masam je muka dia...macam tau-tau je aku nak hantar dia pegi umah pengasuh..
Dan macam biasa..aku hantar je dia kat umah pengasuh dia terus nangis sambil pandang muka aku..
Dan aku macam biasa terpaksalah bertindak kejam, cepat-cepat masuk kerete dan blah cepat-cepat...
Kesian amani....sorry sayang..

Monday, February 21, 2011

Selamat Hari Lahir saya

Ye..saya dah berumur 28 tahun pada 14 Februari 2011 yang lalu...
(Aku anti dengan sambutan Hari Valentine!!)
Bukan 18 tahun...hihi (perasan)
haha...tak sangka pejam celik pejam celik lagi 2 tahun je aku nak berumur 30 tahun...
Alhamudulillah..terima kasih Allah kerana mengurniakan aku..
  1. Kesihatan yang baik...
  2. Kerjaya yang stabil...
  3. Suami yang baik dan handsome pada mataku...(pujian ikhlas)
  4. Anak yang sangat comel, keletah dan tembam...
  5. Keluarga yang bahagia...( Terima kasih abah dan emak kerana bersusah payah membesarkan anakmu yang nakal ya amat ni...terima kasih jugak kepada adik-adikku apis dan han sebab sudi mengajar aku karate dari kecik...(sebenarnya bergaduh tu..haha)...)
  6. Kawan-kawan yang baik...dari zaman kanak-kanak sampailah zaman bekerja...
Syukran ya Allah ...:)

Happy birthday to me :)


credit to google



Amani is 6 monts old!

Happy birthday my dear princess..
Dah 10 hari lewat lah ibu ni...apelah ibu ni...
Cewaahh...6 bulan pon nak kene wish birthday ke?
Haha..macam-macam je ibu amani ni kan..
Amani dah boleh makan sekarang..hoyeaa...
Khamis ni ibu bawak amani pegi cucuk sekali lagi ok?
Love u amani...