Kemudahan di Kembara Homestay

Friday, September 30, 2011

Mengidam telur ikan duri

gambar ni di diambil dari fb kawan saya...credit to saidatul

Sambil-sambil berblogwalking, sempat jugak saya tengok update terkini kat fb kawan-kawan.
Ada yang dah bersalin, ada yang kurang sihat...
Tapi, bila saya tersinggah kat fb kawan saya bernama saidatul ni terus saya terliur tengok gambar kat atas ni.
Dah lama tu saya carik telur ikan ni.
Dulu masa kecik-kecik, asal balik kampung je mesti tokmak belikan kami sekeluarga telur ikan ni dan masak asam pedas.
Memang rasanye malatoppppp!!!
Telur ikan ni special, tak macam telur ikan yang lain.
Rupa dia macam biji guli.
Tapi memang betul saya cakap.
Rupa telur ikan ni macam tak semengah mana.
But dont judge the book by it's cover .
Maknanya jangan adili rupe telur ikan tu sebelum rasa...hehe...
Rasa dia....fuhhhh....memang buat saya terliur.
Dari mengandung anak pertama sampailah saya mengandung anak kedua, saya still takde rezeki makan telur ikan ni.
Susah sangat nak carik.
Ada tak sape-sape penah makan telur ikan ni?
Jom share dengan saya...

Ibu amani jadi model pulak

Beberapa bulan sebelum kawin dulu (tahun 2009), saya dan gang-gang ofis saya telah dipelawa untuk menjadi model tak berbayar.
Sungguh...bukan senang nak jadi model.
Saya ni sampai tak tau dah nak posing macam mane.
Kalau posing beramai-ramai  tu xdelah segan sangat.
Kalau kene posing sorang-sorang tu yang den tak gomar....den ni tak gheti posing...haha...sungguh..den sangat segan bergambar di  khalayak ramai (thats why saya takde amik gambar outdoor masa wedding saya)
Kalau ada sorang je camera man takpe lagi.
Masa photoshoot tu berlangsung ada lebih dari 3 camera man yang amik gambar saya....uwaaa...rasa nak nangis.


Jom tengok hasilnya...(masa ni saya tengah slim lagi...huhu)






Thursday, September 29, 2011

Hantaran kahwin::Saya ada bakat menggubah tak?


Kat bawah ni adalah hasil gubahan saya dengan dibantu oleh mak saya semasa majlis perkahwinan saya.

gubahan jam tangan

gubahan al-quran
gubahan kamera
gubahan set persalinan baju melayu

gubahan kemeja

gubahan minyak wangi

gubahan buah


gubahan barangan lelaki
gubahan coklat

Semua hantaran dibuat melibatkan bunga stokin yang 100% dibuat oleh say adan mak saya.
Cantik tak?
Amacam? Kreatif tak saya dan mak saya?

Wednesday, September 28, 2011

Nafas tak lancar

Salam readers.
Sejak usia kandungan masuk 6 bulan ni, saya selalu je macam tak cukup nafas.
Kadang-kadang mengah dibuatnya.
Nak kata busy ke sana ke mari tak lah jugak.
Hujung minggu ni saya bercadang untu scan baby.
Harap-harap kali ni dapat baby boy pulak :)

credit to google


Tuesday, September 27, 2011

Tahniah my BFF!

Tahniah kepada my BFF Siti Aishah Binti Mohd Yassin dan hubby nye Mohd Fakharudin Abu atas  kelahiran Muhammad Fadzil Ammar bin Mohd Farkharuddin pada 19 September 2011.
Weh..kalau ko suh anak ko kuar cepat sikit dalam awal 3 hari dapatlah anak kostatus anak Hari Malaysia....wakaka...
Takpelah..semuanya dah selamat.
Ko pon dah bergelar mama.
So ko kene pantang elok-elok sikit sebab hang c-zer :)
Aku amik gambar  anak hang dari fb laki hang ek :)


Amani termasuk dalam periuk!






Rindunya ibu pada amani.
Saspen tak tajuk kat atas tu...haha
Harini saya nak share satu gambar amani masuk dalam periuk.
Betullah kan...saya tak tipu.
Amani memang termasuk dalam periuk...:P
Kisahnya, satu hari tu saya tinggal berdua dengan amani.
Saya nak masak kat dapur, tapi risau tinggalkan dia sorang-sorang kat depan.
So saya bawak sekali dia kat dapur.
Apelagi ..dak tecik ni pun tolong ibu dia mengemas rak pinggan.
Salah satu barang yang dia tolong kemas tu periuk..
Saya perhatikan je ape dia nak buat dengan periuk tu.
Lepas turunkan periuk dari rak,dia letak kan atas lantai.
Pastu terus letak kaki sebelah dalam periuk.
Dah berjaya, letak lak kaki satu lagi.
Ok ibu, kaki amani dua-dua dah masuk dalam periuk ibu.
Amani nak duduk pulak lah dalam periuk ni.
Nak tau macam mane rasanya...hehe...jangan marah ye ibu :)

Sunday, September 25, 2011

Saya dapat BE ke 9

Lihat itu..saya dapa BE ke 9..
Walaupun jumlahnya tak banyak macam blogger otai yang lain, tapi saya tetap bersyukur.
Siki-sikit lama-lama jadi bukit :)