Kemudahan di Kembara Homestay

Tuesday, June 11, 2013

Koleksi Buku Terbaru

Cer tengok gambar kat atas tu?Ada sesape yang penah kena penyakit macam tu? Beli buku...walhal buku yang lama pon tak habis baca lagi.

Rasanya saya dan suami memang dah kena penyakit cenggitu. Asal outing je beli buku...tak dapat beli buku, majalah pon jadi. Nak baca buku, novel dan segala bagai kat bookshelf kitorang tu pon kene carik time sesuai. Kalau tak alamatnya bergaduhlah ngan anak² kat rumah, Kita baca buku, dia pon sibuk jugak nak baca. Terpaksalah tunggu budak² ni tidur. Takpon masa yang paling sesuai sekali time saya pergi berkursus. Time tulah nak baca buku dalam keadaan paling heaven sekali :)

Saya dan suami bercita-cita untuk mewujudkan satu library kecil kat rumah sendiri kami nanti :)

Buku ni berharga RM30.00. Saya sangat obses dengan lakonan Tiz Zaqyah. Cute kan dia? Buku ni baru je beli Ahad lepas. Best jalan cite dia. Buku ni dah pon di dramakan setiap hari Jumaat pukul 9.00 malam kat TV3.  Best woo...rugi tak tengok..Ai suka tengok lakonan Tiz Zaqyah dan Izzue Islam.Cute lah depa ni...
Buku ni saya dah lama dah nak beli. Terlaksana juga hajat nak beli.Resipi dia pon simple² je. Bak kata suami ai..."Beli buku resipi..kalau masak yang sama hari² pon tak guna jugak"...Hihi..Sori bang...

Ok nanti saya update lagi koleksi buku² kami ye.

Wednesday, May 29, 2013

Mari berkenalan dengan haiwan

Ha..gambar kat atas tu semua nye berlaku serentak pada hari Jumaat yang lepas.
So dengan ketidak sengajaannya dapatlah anak² saya sekali lagi melihat haiwan liar di kawasan rumah kam.
Haha.. sampai si Amani pon dah kenal dah dengan BABI setiap kali terserempak dengan haiwan ni tak kira pertemuan secara tidak sengaja depan umah kami atau ketika naik kereta.
Gambar babi kat atas tu saya tangkap dari depan rumah kami.
Memang dah tak heran dah.
Babi kat sini berkeliaran macam kambing atau ayam.
Budak² pun dah tak takut sebab haiwan ni memang tak kacau orang.
Setakat ni takde kes serangan haiwan ni ke atas manusia.

Haiwan satu lagi yang dorang dapat tengok kelawar.

Saya hairan gak apesal dia tak lari masa abah saya pindahkan kelawar ni kat pokok lengkuas.
Rupe²nya a few day later, mak bagitau kelawar ni dah mati.
Betul² mati  kat bawah pokok lengkuas tu.
Kesian..agaknye dia sakit kot.
Anak² punyalah excited dapat tengok haiwan² ni.
Dah macam zoo mini dah umah aku ni.

Pembangunan yang semakin pesat di kawasan Bandar Penawar ni kadang² membuatkan saya kesian kepada haiwan² ni.
Habis hutan semua ditebang demi membangunkan kawasan perumahan dan pelancongan di sekitar Bandar Penawar.
Alahai...

Thursday, May 23, 2013

Golden Dream




Haha...gila betul tajuk entry ai kat atas tu.
Macamlah dapat kereta Ferrari ke, telefon baru ke, hadiah bunga dari suami ke kan..
Wawawawa...ni ai yang hadiahkan diri ai sendiri benda alah ni.
Haha...actually ai dah lama dah nak beli benda ni.
Tapi itulah..ai ni asik riki punya riki punya riki...(dah masuk 2 tahun ai riki) baru nak berjebak ngan benda alah ni.
So nanti bila dah dapat ai akan share ngan u alls...
Haha...u alls agak ai beli ape?
Cer teka...

Wednesday, May 22, 2013

w.e.b.m.a.s.t.e.r

Salah satu tugas saya kat ofis buat web..dah buat web maintain pulak web.
Hari-hari kene peruntukan masa paling kurang setengah jam untuk update web, update facebook dan twitter kolej.
Tu pasal orang asik tengok aku online facebook dan segala bagai apps yang bersangkut paut 24 jam kat ofis.
So bohonglah kalau aku kata aku langsung tak tengok facebook aku...wawawawa...
Hari-hari aku dok berdoa janganlah web aku ni di gula-gula hacks kan.h(h.a.c.k)haha..
Pasal aku belum terror lagi bab² tu.

Ni link website kolej saya.
Jemput bertandang ye untuk naikkan hits web saya :)
Ok tak?

So motif aku buat entry ni sebab aku rasa otak aku dah tepu tengok benda alah tu semua kat skrin komputer aku...hahaha


Monday, May 20, 2013

Sepetang di Taman Tasik Bandar Penawar

Gambar di atas nun merupakan gambar kami sekeluarga berhujung minggu kat Taman Tasik Bandar Penawar.
Dekat je dengan kawasan rumah kami. Lebih kurang dalam 5 minit cenggitu je dari rumah.
Aktiviti kat tasik ni sama macam orang lain buat..bagi makan roti kat ikan.
Sesambil bagi ikan makan sempat jugaklah si Alya bedal sekeping roti.
Tu roti dua tiga ketul kat gambar atas tu saya punya kejelah tu.
Punyalah pemalas dah nak cubit roti...campak jelah seketul.
Tu dia..ikan terus datang makan beramai-ramai macam ikan pirana dalam tivi.
Suami saya kata ikan dalam tasik ni ikan talapia.
Comot dah ghupe tasik ni sebab pokok teratai penuh sangat kat permukaan tasik ni.
Kesian plak saya tengok ikan tersepit kat celah² akar teratai...haha..
Hujung minggu ni nak bawak anak² ke mana pulak agaknye ye?