Kemudahan di Kembara Homestay

Sunday, May 4, 2014

Breasfeeding Alya lagi :)

Harini genap umur Alya 2 tahun 4 bulan..
Alhamdulillah..rasanya sasaranku sebagai ibu yang menyokong penyusuan susu ibu tercapai sudah.
Target aku untuk breastfeed Alya sampai umur 2 tahun dah terlaksana.
Tunggu dapat next adik baru ibu plan nak berentikan Alya nenen ye.
Tq Spectra yang banyak berjasa.
Sampai ke Sarawak aku bawak ko.
Sekarang pump tu aku bagi pinjam kat SIL pulak..

Thursday, March 20, 2014

Entry pertama untuk tahun 2014

Assalamualaikum dan Salam Sayang muahhh muahh kepada pembaca2 blog ku kalau ada..hehe
Baru aku sedar ghupe2nya last update entry bulan disember tahun lepas.
Aiyaya...tak sedar rupenya masa berlalu begitu pantas.

Esok kami 4 beranak akan berholiday di Grand Lexis Port Dickson for 3 days 2 nights.
Agak-agak boleh tak dapat bilik cam gambar kat bawah ni nanti..haha...verangan.
Best gila ada pool depan bilik. privacy gile...nak jadi badak berendam or badak terapung pon tak jadi hal..
Nanti ai update lagi ok...tadaaa
source from google

Sunday, December 29, 2013

Insaf dengan keadaan laut musim tengkujuh

Petang semalam aku dan husband membawa anak² keluar besiar-siar mengambil angin petang.
Bila anak2 ni dah pandai berkata-kata haruslah setiap hari keluar ayat penyata dari mereka "Ibu..jom pegi kedai ceria.." (Kedai Ceria tu kedai kesukaan anak2 gue kat Bandar Penawar..jadilahkan..nak g Jusco jauh nak oi..)tak pun "Ibu jom pegi jalan2"..
Memandangkan kami suami isteri suami yang bekerjaya 8-5, maka haruslah dipatuhi permintaan anak2.
Yelah..kesian ko...Isnin-Jumaat, 8.00-5.00 diorang kat taska.
Masa mereka bersama kami cuma Sabtu Ahad je.
So dua hari tu ajelah yang ada untuk menghabiskan masa berharga bersama Amani dan Alya

Petang tu kami meronda sekitar Pantai Batu Layar di area Desaru ni jugak.
Maklumlah rumah dekat ngan pantai..jalan ke pantai jelah kojenya.


Hajatnye nak ajak anak2 main pasir, tapi kau...seram aku nengok keadaan laut semalam.
Memang taklah aku nak bagi anak2 bermain pasir bagai.
Anak2 aku yang tengok laut pon terdiam je.
Mungkin terkesima kot...(anak aku pun pandai terkesima yaww)
Kami lepak kat belakang bonet kereta je.
Mungkin mereka hairan sebelum ni lautnya tenang, tapi bila mereka datang kali ni dah berombak kuat.
Bagi aku ombak musim tengkujuh ni dah cukup kuat.
Bunyi ombak tu seolah-olah mengingatkan aku pada kejadian tsunami di Banda Acheh.
Kalau realitinya macam manelah keadaan ombak tsunami kat Banda Acheh tu agaknya.

Kat bawah ni aku letakkan beberapa gambar dan video.
Harapnya kalau ada yang dah tengok gambar dan video laut musim tengkujuh ni silalah insaf oi dan jangan mengada2 nak plan bawak anak isteri mandi2 kat pantai.
Hairan jugak aku dengan kekebalan dan keselambaan mak bapak bawak anak2 mandi laut musim2 camni.
Ko tak risau ke?
Haih lah mak bapak..kalau sayang anak tu cuba bawak jalan2 kat tempat lain.
Ataupun tangguhkan dulu aktiviti mandi pantai musim2 ni.


Kalau boleh pergi air terjun pon cuba elakkan.
Yelah ..sejak dua menjak ni orang asik cakap pasal kepala air je.
Tunggulah musim tengkujuh ni habis baru lah lenjan mandi laut/air terjun puas2.
Peace yaww...Assalamualaikum.








Wednesday, December 11, 2013

Rezeki menang 1st GA

sumber gambar dari http://www.elissmie.com




1st time menang GA...terasa diri hevat... cer tengok gambar fm kat bawah tu ...tapi xtaulah yang mana satu yang akan aku dapat nanti. Masjid Terapung dan Masjid Kristal kalau ikutkan dua2 dah penah sampai. Cuma Batu Bersurat je tak penah sampai lagi. Tanx Kak Eliss! Kak Eliss ni merupakan kenalan masa zaman2 UiTM dulu. :)

Sunday, December 8, 2013

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke4 !

Nampak itu foto di atas? Tu dia...gambar me and husband after nikah. Kaku gila kau bergambar.
Photographer aku tu mesti tension nak menyettlekan kekakuan dan kekejangan aku laki bini.
Photographer asik dok nyakat je..asal lah korang berdua ni malu2 sangat?
Bila dah asik kene nyakat camtu aku laki bini lagilah bertambah kejung dan kaku.
Kalau ada anugerah laki bini kejung masa sesi bergambar pastilah gelaran tersebut aku laki bini menang.
Haha...Bila ingat-ingat balik aku laki  bini mesti gelak2 dengan sifat malu2 yang menebal macam dinding bilik kebal masa sesi gambar kawin kami.
Kalau suh ulang balik sesi gambar ni...sumpah aku cakap memang taklah aku nak posing2 balik camni.
Cramp mulut, pipi,mata nak control jelita depan kamera..
Tak sanggup dah...

CERITA SEBELUM KAWIN...
Ko bayang kanlah...me n hubby masa sebelum kawin boleh kira dalam setahun bape kali jumpe (in fact masa bercinta kami tak penah tengok wayang sama2 sampailah dah ada anak 2 ni).
Cinta jarak jauh tika itu...Aku bekerja di Penang/KL, husband pulak keje di Johor.
Dahlah tiap kali nak jumpe tu malu2...
Haish lah...entry ni banyak benar perkataan malu...haha

Diam tak diam dah masuk tahun keempat kami mendirikan mahligai indah bersama dengan dihiasi telatah comel puteri-puteri kami Amani dan Alya. (Suara ibu kamu ni dah berubah menjadi suara tarzan sejak jadi ibu ni kamu tahu?)
Abang, sekiranya terbaca blog isteri mu ini, diriku ingin menyatakan yang diriku bahagia bersamamu.

I LAP U ABANG!



 

Monday, December 2, 2013

Aktiviti seni untuk anak²

Memang menguji kesabaran mengajar anak menggunakan water color....Tapi ibu kamu ni sabar...(Dalam hati berapi2)..Cukup guna 3 helai kertas lukisan..Kita sambung lain kali..(Padan hal dah malas nak mengemas kecah2 yang anak2 buat)

Budak2 memang teruja pegang berus dan guna water color...Dorang rasa hebat bile dapat hasilkan lukisan macam Amani buat ni... Sila puji melambung-lambung terhadap karya seni anak anda walau pun tidak seseni karya Picaso..

Anak aku ni bile berseni beginilah hasilnya..Ok ibu maafkan kamu berdua sebab conteng buku klinik...

Si Alya ni memang pemakan orangnye...Aku bagi nasik lemak JE tak mau dia...Eksen ko ye nak..Tak padan besar tungau..Tunjuk sambal kat aku ko..Suruh aku gaul nasik lemak dengan sambal.. Mungkin ini kuat pedas ni kuat ke gen ayah nye..Nampak itu fesyen rambut layu setaman...Setia menemankan kakak Amani berseni...


Monday, November 25, 2013

Family Day @ Pantai Indah Seaview Resort


Wah..lama dah tak update blog.

Ok 3-4 November aritu aku sekeluarga berfamily day kat Pantai Indah Seaview Resort .

Enjoy gambar2 ni...Sorry gambar tak tersusun sebab ai ada penyakit MALAS...haha..
Pantai Indah Seaview Resort. Kami sewa 2 apartment..not badlah tempat ni..ada 3 bilik.

Ni pemandangan dari tingkat 7 bilik kami. Cantik kan?Anak-anak ai duk terjakun2 meninjau2 laut dari tingkat 7. 


Anak daraku bermain-main bersama Iman
Aktiviti malam hari..BBQ time. Hujan-hujan ni dapat makan BBQ memang masyuk. Namapk tak itu orang kuat pembakaran? Malam ni kami dengan sepuas-puasnya ikan caru, ayam, hotdog dan sotong. Time ni budak2 kecik semua dah selamat sampai London...kami makan sambil mendukung anak...Mendukung anak itu boleh membakar kalori...
Abah dan mak yang setia mendukung Amani. Stress gue ngan anak gue yang sorang ni. Asal nenek dia ada je mintak berdukung..haih lah anak...sian nenek kamu tu...
Nampak tak itu wajah riak perenang dua dari depan? Air berkicah2..eksen je lebih..
Walaupon nampak gaya macam monyet ni steady..tapi tak tergamak rasanya nak pegang monyet ni...nama pon binatang liar kan...
Nampak tak anak ai bertempek ngan cool fever?Boleh plak nak pegi bercuti dia demam panas..Sabar jelah anak ai ni..Ni gambar kat Bukit Melawati..Since suami ai sorang je tak penah pegi sini, so kami pon bawaklah dia jelalan ke sini..Suami ai kan pencinta sejarah...so haruslah datang tempat camni kan...Tersenyum kerang dia...
Inilah keluarga besar kami...adik ipar ai (wife pada adik bongsu ai) sedang mengandung sulung..11.12.13 ni due. Baby girl katanya.. Adik ipar ai yang sorang lagi (wife hafiz) pon telah berjaya menyandang gelaran mak buyung..dijangka bersalin tahun depan...Dan ai...akan menyusul 2015...tunggu...haha
Next time kita bercuti lagi ye..
Sebelum check in apartment kami berkelah kat Pantai Remis. Makan sambil menikmati keidahan alam.Masa ni masing-masing sponsor makanan dari rumah masing-masing. Family Adik ipar ai Diba sponsor nasik lemak 30 bungkus. Mak ai sponsor sambal sotong, nasik putih. keropok ikan dan karipap...Dan ai serta husband sponsor air mineral..  

Nampak tak itu?swimming pool..Niat nak berendam dalam pool ni memang hado..tapi apekan dayo..Sejak dah jadi mak budak ni...segan lak ai nak berendam dalam pool sebab takut terover dari budak2..Lagipon ai rasa badak air tu macam ada persamaan dengan diri ai...haha...