Kemudahan di Kembara Homestay

Wednesday, January 12, 2011

Joomla!


Cuba tengok gambar kat atas tu?
Mesti ada beberapa orang dah familiar dengan logo kat atas tu..
Joomla?
Ape itu Joomla?
Secara ringkasnya Joomla ni satu platform untuk kita membangunkan laman web...
Fungsi dia lebih kurang macam blogspot jugak..
Boleh tambah widget dan sebagainya..tanpa pening-pening nak guna coding..
(Coding tu boleh jugak diapply dalam penggunaan Joomla..)
Tapi untuk pengguna baru yang fobia dengan coding, Joomla sangat-sangat membantu... :-)

Bulan Disember tahun lepas, aku berpeluang untuk mengikuti kursus Joomla anjuran Kolej Komunit Sabak Bernam..
Dengan tenaga pengajar yang berpengalaman iaitu En.Mohd Syamsul Ariff Ghazalli, macam-macam ilmu yang kami dapat..


Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari insallasi Joomla anda semua bolehlah melayari blog En. Mohd Syamsul di http://kelasjoomla2.blogspot.com/
Kat blog beliau macam-macam ada...
Nota pun ada dan boleh di download secara percuma...

Aku pon tengah dalam proses belajar ni..
Sebabnya website ofis aku akan diupgrade dengan menggunakan Joomla...

Joomla!!!

 

Tuesday, January 11, 2011

Gambar Amani bersama seat Sweet Cherrynya..

Salam..
12 Januari 2011..sedar tak sedar dah 5 bulan rupenya umur anak ibu...
Semoga Amani menjadi anak cerdik dan solehah :-)

Jom kita tengok gambar Amani jadi model Sweet Cherry :-)





Amani ni asal naik kete je pengsan..asal naik kete je pengsan..haha
Padanhal dia baru je duk dalam kete dalam 5 minit..
Aku baru je pas amik dia dari umah baby sitter dia ni..
So sampai-sampai je umah aku amik gambar dia dulu...
Haha...so nanti bile Amani dah besar bolehlah aku tunjuk gambar dia ni pada dia...hehe

Tuesday, January 4, 2011

Amani dan seat Sweet Cherry nye...

Salam semua..
Dah hari rabu dah hari ni ghupenya..
Dah dekat 2 minggu aku tak update blog rupenya...
Harini genap hari ke-3 amani dijaga baby sitternya Kak Liza..
Dan harini jugak genap hari ke-2 amani berjaya duduk kat car seat dia dan tak nangis..
Hari pertama je dia nangis..(sebab headrest membuatkan kepala amani macam robotlah ibu-kata Amani)...
So ibu mintak ayah tanggalkan headrest supaya kepala amani boleh bergerak bebas..
Dan hasilnya...amani tersenyum-senyum kerang duduk dalam seat tu..
(Amani rasa macam amani boslah ibu...-kata Amani)

Seat tu aku dengan husband beli kat Sogo masa 2 minggu lepas..
Konon-kononnya dapat harga murah..(kata year end sales)..
Tapi bila aku teliti harga satu persatu car seat kat situ..mak aih...
Berpinar mata...haha...Harga paling murah dah nak hampir sama ngan bayaran bulanan kereta aku..wakakaka
Ingat dapatlah harga  200...Ada tu ada..tp car seat yang harga macam tu kecik...amani dah tak muat dah kalau duduk dalam tu...
So terpaksa beli harga yang mahal sikit supaya amani lebih selesa...
Ibu dan ayah hadiahkan amani Sweet Cherry punye seat ye...:-)

So petang ni jom kita jalan-jalan lagi lepas ibu amik Amani ek...
Cayang amani...