Kemudahan di Kembara Homestay

Thursday, August 25, 2011

Puasa hari ke 26

Hari ni mendung dari pagi sampailah ke tengahari.
Rasa mata pon dah mengantuk...tido pon sedap waktu cenggini.
Petang ni alza yang diorder dah boleh amik :)

credit to google



Puasa hari ke 25

Alhamdulillah...harini genap 25 hari kita berpuasa.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah.
Semalam saya dan my mum buat operasi kuih raye.
Biskut chocolate chip ala famous amous.
Pergh..nampak cam sedap je bunyinye.
Alhamdulillah..nampak macam biskut tu menjadi :)

Ni semua gara-gara encik suami lah ni.
Sanggup dia cari resipi biskut ni semata-mata nak suruh saya buat.
Macam dia pulak yang mengidam kan?
Saya pun bila encik suami duk sebut nak makan biskut tu terus ngidam.
Ngidam nak makan biskut buatan sendiri pulak tu.
Padanhal tak pnah pun buat biskut ni sebelum ni.

Resipi ni encik suami dapat dari usaha nya menggoogling....
Credit tu http://erynejasmine.fotopages.com/?entry=1308434 sebab sudi berkongsi resipi biskut ni.
Sedap bangat.
Jom kita layan resipi biskut chocolate chips ala famous amous bawah ni.

CHOCOLATE CHIPS ALA FAMOUS AMOUS


Bahan-bahan:
1 cawan butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel)
1 s/k vanilla

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.


Buat pengetahuan semua, adunan yang akan terhasil nanti lembik sikit.
So memang kita tak leh nak bentukkan dia pakai tangan.
Kene sudukan dia menggunakan sudu kecil ke dalam loyang dalam jarak 1.5 cm.
Ini kerana adunan ini akan mengembang sedikit bila dibakar.
So untuk mendapatkan bentuk yang comel-comel kenelah sudukan dia menggunakan sudu kecil.
Kalau anda menggunakan sudu besar, confirm biskut tu akan jadi besar mcm biskut chipsmore.
Dan hasilnya saya telah berjaya mendapat 3 balang kecik biskut ni.
Cubalah...sedap...:)

Tuesday, August 23, 2011

Akhirnya Nuffnang sudi bagi saya 4 BE!!!


Alhamdulillah..setelah lama saya tak bukak akaun nuffnang, tengok-tengok saya dapat 4 BE sekaligus.
Terima kasih Nuffnang.
Ni pertama kali dalam sejarah ni setelah lebih kurang 9 bulan saya berblog...hehe
Maklumlah blog saya tak famous macam blog2 lain.
MACAM TAK PERCAYA JE....HEHE
Mungkin rezeki saya di bulan Ramadhan.
Terima kasih sekali lagi Nuffnang... :)

Puasa hari ke 24

Alhamdulillah dah masuk hari ke 24 kita semua umat Islam berpuasa.
Harini ofis saya ada program khatam quran beramai-ramai antara staf dan pelajar.
Setiap kumpulan (dalam 20 orang) diberi 3 juzuk.

Malam ni cadangnya nak buat kuih raye lagi.
Tengoklah mata saya kata ape nanti...hihi

Puasa hari ke 23

Alhamdulillah.
Hari ni hari ke 23 kita berada dalam bulan Ramadhan.
Alhamdulillah sehingga ke harini saya masih mampu berpuasa penuh di kala usia kandungan saya mencecah hampir 5 bulan :)

Sepanjang minggu ni saya berpeluang untuk berbuka bersama abah dan mak saya.
Salah satu perkara yang menggembirakan dalam bulan Ramadhan ni.

Semalam encik suami pasang lampu kelip-kelip kat depan rumah.
Barulah mood hari raya datang...amani pon suka gila tengok lampu kelip-kelip.hehe

Ahad lepas lepas sahur saya dan mak berhempas pulas menyiapkan 2 jenis kuih raya.
Dapat lah buat 5 balang biskut cornflakes dan 2 balang kecik biskut chocolate rice.
1 balangbiskut cornflakes tu akan diagihkan pada my MIL, my sister in law, my grandmother, my mom and me...hehe
2 balang kecik biskut chocolate rice tu just untuk saya dan my mom makan-makan je.
Penat tau buat kuih raye dalam keadaan cenggini.
Sakit pinggang.
Nanti saya post resipi biskut yang saya dan my mom buat.

Tadi 1 balang kecik popiah susu dan 1 balang kecik popiah milo yang saya beli dah dapat.
Siaplah..malam ni memang abis saya kejekan.
Takde dah nak tunggu raye...hahaha...




Friday, August 12, 2011

Selamat Hari Lahir Amani sayang

Harini merupakan hari paling istimewa dan hari paling bersejarah buat saya dan hubby.
Pada 12 Ogos 2011 bersamaan 2 Ramadhan 1431H pukul 614 petang lahirlah seorang bayi perempuan seberat 3.41kg di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang pertama buat Shafiyyah Amani Binti Shaiful Nizam.

Genap setahun kelahiran puteri sulung kami.
Masih saya ingat lagi saat kelahiran anakanda sulung saya.
11 Ogos 2010 saya telah ditemani oleh mak saya untuk checkup di PPUKM sebagai pemeriksaan kali pertama di hospital tersebut kerana saya bercadang untuk bersalin di situ.
Kalau ikut estimate due date saya 28 Ogos 2010.
Ini bermakna Amani telah lahir 16 hari awal dari tarikh sepatutnya.

So masa jumpe doc dia nasihatlah saya, pastikan ada orang kat rumah kerana tarikh bersalin dah dekat.
Doc ada tanya jugak pada saya selalu tak contraction.
Saya dengan jujurnya cakap dalam sejam adalah rasa 2 3 kali.
Dan tanpa disangka-sangka doc suh saya baring kat bed untuk check laluan dah bukak bape cm.
Uwaaa....doc tu lelaki.
Dahla masa doc tu seluk ada beberapa orang doc pelatih tengok..(mujur perempuan)
Uwaaa...lagilah berdouble-double malu...hahaha.
Hasil keputusannya doc tahan saya kat hospital sebab katanya laluan dah bukak 2 cm.
Rasa macam tak caya pon ada.
Sebab saya langsung takde rasa nak bersalin pon masa tu.
Air ketuban pon tak pecah lagi.

Orang pertama yang saya call pastu adalah suami saya.
Masa tu kami tinggal asing..dia kat Johor, saya kat KL.
So lepas tu lekas-lekas encik suami gerak ke KL.
Mak saya pulak call abah saya suh bawak beg saya dan beg baby.
Kelam kabut sungguh masa tu.
So selepas menunggu beberapa minit, nurse pon suh saya dok atas wheel chair.
Saya ditolak masuk ke dalam wad.
Ish...haha...rasa macam excited pulak masuk wad ni sebab tengok mak-mak baby dah bersalin.
Adik-adik saya dan adik ipar saya (ketika itu pon tengah pregnant) turut melawat saya.
Rasa terharu pon ada :)

So lepas berbuka puasa hubby datang melawat saya kat hospital.
Barulah saya rasa bersemangat sikit.
Saya langsung takde tanda-tanda nak bersalin.
Pelik betul doc ni, orang tak sakit apesal tahan kat hospital pulak.
Dahlah saya tak sempat langsung jumpe member-member kat ofis untuk menurunkan segaka kerja-kerja kat dorang.
Memang terkejut beruk lah semua orang bila dapat tau saya dah kene warded...hahaha.

So sebelum tdo tu misi bgtau dalam beberapa jam sekali dorang akan datang untuk check heart beat baby dan check bukaan dah bape cm.
Memang saya tak dapat tdo nyenyak langsung malam tu.

So sok pagi kul 6 pagi asya dah bangun.
Kul 630 pagi saya dah ready untuk mandi sebab mak pesan suh mandi awal.
Nanti pagi doc nak datang check.
Sekali betul, lepas breakfast je doc bagitau air ketuban akan dipecahkan.
Masa tu baru bukak dalam 3 cm.
So doc jangka saya akan bersalin selewat-lewatnya petang tu.
Kalau tak, kene ceaser.
Adeh doc ni, macam mane saya nak bersalin.
Sakit pon takde rasa lagi ni...hehe.

So lepas air ketuba dipecahkan, saya kene tolak masuk pegi satu wad khas pulak.
Tak tau nama wad tu ape.
Doc masa tu bagi choice pada saya sama ada nak epidhural ke tak.
So, setelah mengambil kira pengalaman kawan2 yang pernah bersalin, saya sign untuk amik epidhural.
Sebelum doc bagi saya epi, misi bagi ubat berak dulu.
Tak sampai seminit makan ubat tu abis semua isi perut kuar.
Lepas tu saya memang tak boleh makan langsung dan hanya beleh minum air je...huhu

Lepas tu saya tido..saya hanya bangun bila doc nak check bukaan je.
Dalam pukul 2 petang saya terbangun.
Saya cakap kat nurse saya rasa nak terberak.
Nurse check jalan buka dah 9cm.
So doc stop epi pada saya supaya rasa kebas hilang dan biar contarction tu rasa.
Nurse suh saya call suami bagitau datang hospital sekarang sebab saya dah nak bersalin.
Nasiblah jarak hospital ngan umah dalam 15 minit je.

Dalam pukul 3 petang saya ditolak masuk ke labour room.
Tak lama kemudian suami datang temankan saya.
Saya dah mula rasa contraction.
Sakitnye hanya tuhan je tau.
Tak pernah rasa sakit macam ni seumur hidup.
Masa tu saya hanya pikir antara hidup dan mati je.
Dalam pukul 530 saya dah mula ras anak terberak.
Doc suh saya push.
Saya tak reti push...push je baby masuk balik :P
Masa tengah sakit bersalin tu boleh pulak saya belajar dari nurse cara nak push :P
Haus tu memang toksah nak cite.
Sempat lagi tu saya mintak suami suh amik kan air kosong atas meja.hahaha
Saya cakap kat misi saya haus...bengang je dorang...hahaha

Dalam pukul 6 baby masih tak kuar lagi.
Saya pon dah kehabisan tenaga nak push.
Tetiba sorang doc laki ni kuarkan alat-alat besi.
Dah macam alat bertukang saya tengok.
Dia bagi masa 1/2 jam pada saya, kalau saya tak nak kuarkan baby jugak dia akan guna cara forceps.
Lepas doc cakap je macam tu terus saya push sekuat hati...sampaikan doc2 yang ada dalam tu (lebih kurang 5 orang) tolong bagi semangat pada saya.
So dalam pukul 614 petang, lahirlah baby saya.
Rasa gembira sangat-sangat bila nurse letak baby kat atas perut saya.
Hilang semua sakit...terus saya mintak air suam pada suami :P
Saya telah berjaya bersalin setelah merasa contraction selama hampir 3 jam dan push untuk kuarkan amani lebih kurang 44 minit.

Macam tak percaya pulak saya boleh kuarkan baby 3.41 kg kalau dibandingkan dengan fizikal saya yang kecik ni :)

bersambung....

Thursday, August 11, 2011

Puasa hari ke 11

Alhamdulillah..dah masuk hari ke 11 berpuasa.
Petang ni macam baiasa...melepet lah jawabnya.
Tu pasal saya suka pulun buat kerja waktu pagi.
Sebab tenaga tu masih banyak lagi.
Hari ni kami macam plan nak makan kat luar je.
Tapi tak tau nak makan kat mana.

Wednesday, August 10, 2011

Puasa hari ke 10

Alhamdulillah..dah masuk hari ke 10 kita berpuasa.
Harini saya nak masak sotong goreng tepung atas request encik suami+sup daging+bayam goreng.
Bulan pose ni rasa macam best sangat sebab encik suami rajin membantu saya masak-masak kat dapur.
Walaupun letih nak masak saya rasa bersemangat bila dia ada kat dapur.
Rasa diri amat disayangi :P

Semalam pon dia tolong saya masak sayur bayam goreng dengan ikan kembung asam pedas.
Terharu tau....kalau dia terbacalah blog saya ni, saya nak cakap kat dia saya sangat-sangat berterima kasih..hehe

Dalam keadaan saya yang tengah berbadan dua ni, saya dah tak lincah kat dapur...hihi

Petang ni lepas balik keje saya akan singgah kat bazar dulu untuk beli air feberet encik suami, air honew dew.
Saya pulak nak beli air mata kucing.
Itu sahaja. Yang lain-lain saya memang tak beli.

Harini saya dikejutkan dengan berita isteri kepada kawan suami saya gugur buat kali kedua.
Saliana namanya. Minggu ni kalau ikutkan dia dah masuk 13 minggu.
Saya tak tau nak cakap ape pada dia.
Cuma yang saya boleh cakap harap-harap dia banyak bersabar atas ujian Allah.
Sebagai seorang ibu, saya faham perasaan dia.
Semoga Allah tabahkan hati beliau.

Monday, August 8, 2011

Puasa hari ke 9

Alhamdulillah..puasa dah masuk hari 9 hari ni.
Semalam saya berjaya berpuasa walaupun dugaan datang menimpa.
Entah kenapa semalam saya betul-betul tak larat.
Badan rasa lesu semacam je.
Kat ofis pon saya melepet je.
Mungkin saya keletihan dan tak cukup rehat sebab ahad kelmarin kan saya dan suami pegi beli barang-barang persiapan raya kat kota.
Kesian encik suami semalam kene masak lauk berbuka.
Saya hanya mampu baring je.
Malam semalam pon saya tdo awal.
Alhamdulillah badan mula rasa segar harini.

Semalam PM umumkan pemberian bonus 1/2 bulan gaji kepada kakitangan awam.
Ikut gaji pokok...bukan gaji penuh...hehe
Tapi oklah kan...daripada tak dapat langsung.
Dapatlah membantu kami untuk membuat persiapan raye.

Alhamdulillah.... Syukran Jazilan :)


Puasa hari ke 8

Harini saya dah dapat rasa baby dalam perut bergerak-gerak.
Slow je baby gerak.
Macam tau-tau aje isnin depan nak kene scan.
Kalau baby boy mungkin dah boleh nampak agaknye jantina dia kan?
Tunggu dan lihat je nanti.

Alhamdulillah dah masuk hari ke 8 kita berpuasa.
Setakat ni puasa saya masih cukup lagi even pagi kelmarin kami suami ister termiss waktu sahur sebab lupe set jam....:(
Semalam memang hari mencabar jugak.
Saya dan suami pegi cari baju raye.
Letih tu memang toksah cakap.
Saya ni macam dah lari pecut 100 meter je.
Tercungap-cungap cari baju raya.
Sampaikan orang kedai tanya saya penat ke kak?
Haha....mungkin dorang tak sangka saya tengah pregnant kot sebab perut saya masih kocik lagi.

Semalam pon kami berbuka pose kat luar je.
Sangat tak larat nak masak kat umah.

Tapi hari ni saya nak masak special sikit.
Nak masak bayam goreng dengan ikan kembung masak taucu.
Fuh..memang resipi terbaik dari ladang.

Oh lupe nak kabo.
Sabtu lepas suami saya menolong saya masak-masak kat dapur.
saya masak kari daging.
Nak tau dia masak ape?
Dia masak buah melaka @ onde-onde.
Terer tau....sedap pon sedap....kalah buah melaka kat bazar.

Korang bukak pose ape petang kang?

Friday, August 5, 2011

Amani dengan sepupu-sepupu.

Shafiyyah Amani sebagai Pengerusi. Gambar credit to Cik Han.  (from fb)

Ammar Hakimi sebagai Naib Pengerusi. Gambar credit to Diba-ibu Hakimi  (from fb)

Maryam Qalesya Amni sebagai Setiausaha.Gambar credit to Angah-ibu Qalesya.  (from fb)


Amacam? ada persamaan tak muka dorang? Gambar-gambar kat atas ni gambar paling latest.Next year akan kuar sorang lagi ahli baru...hehe :)

Puasa hari ke 6

Alhamudulillah...syukur pada Allah kerana memberikan saya peluang untuk berpuasa hari ini.
Harini saya takde buat ape.
Kemas-kemas rumah....encik suami pula kije.
Sambil kemas umah saya amik nafas untuk duduk kejap.
Mak buyung semput...hihi.

Petang ni plan nak masak kari daging pulak untuk untuk encik suami.
Suh beli lauk kat bazar tak nak...dia cakap saya masak lagi sedap...huhu.
Mungkin dia nak rasa air tangan isteri dia kot...hihi.



Thursday, August 4, 2011

Puasa hari ke 5

Alhamdulillah..dah masuk hari ke 5 kita berpuasa :)
Semalam saya masak sup daging+kentang.
Pastu saya goreng bawang merah sebekas untuk makan ngan sup.
Pergh..memang terangkat lah makan sup ngan bawang goreng+daun sup.
Dah nak habis bawang goreng yang saya goreng.
Encik suami memang suka meratah bawang goreng yang digoreng sendiri.
Kalau yang beli kat kedai dia tak suka.
Sahur tadi pon kami makan sup semalam je.Panaskan aje.
Untuk berbuka ni saya takde idea lagi nak masak ape..huhu.
Semalam saya beli kuih buah melaka kat bazar ramadhan.
Rasa macam makan tepung je sebab akak yang jual buah melaka tu sangat 'berjimat' taruk gula melaka.
KEDEKUT....!!!
Kalau nak jual, buat betul-betullah kak.
So mulai harini saya dah tekad tak nak pegi kedai tu lagi.
Saya nak mencuba beli kat kedai lain pulak.

Wednesday, August 3, 2011

Puasa hari ke 4

Alhamdulillah..dah masuk puasa hari ke 4 dah hari ni.
Harap-harap saya berjaya habiskan puasa hari ni.
Petang semalam masa nak masak, saya tetiba termuntah.
Tapi sikit jelah...tapi saya teruskan puasa saya.
Masa nak masak, saya mintak tolong encik suami tumbuk bawang sebab saya loya sikit masa tu.

Hari ni saya selsema.
Dari hari pertama puasa lagi saya dah selsema sebenarnya.
Tapi hari ni macam teruk sikit.
Kepala pon rasa berdenyut-denyut sikit.

Petang ni tak tau lagi nak masak ape.
Kalau kesihatan saya mengizinkan saya nak masak sup daging je.

Puasa hari ke 3

Alhamdulillah..dah masuk hari ke 3 puasa dah :)
Harapan saya untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadhan kali ni...semoga Allah memakbulkan doa saya :)
Tahun lepas saya telah tinggal puasa sebulan sebab saya bersalin hari kedua puasa.
Pada mulanya saya risau jugak takut mual-mua ke, perut masuk angin ke berpuasa waktu pregnant.
Tapi Alhamdulillah...takde rasa semua tu, pening sikit-sikit tu adelah.
Saya memang tak pernah skip sahur sepanjang berpuasa.
Nasi memang menu wajib waktu bersahur.
Takut takde tenaga nanti nak berpuasa.

Bukak puasa petang kang saya plan nak masak cencaru bakar+sambal kicap+bayam goreng je.

Simple je lauk berbuka saya dan suami.
Kalau boleh waktu berpuasa ni saya nak elakkan pembaziran...hehe.

Selamat berpuasa dan berbuka kepada semua ye :)