Kemudahan di Kembara Homestay

Sunday, October 30, 2011

Adik Amani : boy ke girl ?

Salam readers.
Harini merupakan hari terakhir dalam bulan Oktober.
Dan esok merupakan hari pertama dalam bulan November.
Terasa pantas betul masa berlalu.

Semalam saya dan suami pegi scan untuk tau gender adik amani.
So masa scan tu doc bagitau..ha tu dia scrotum anak awak.
Scrotum=bird...:P
Hati saya memang dah berbunga-bunga sebab saya dan suami kalau boleh nak baby boy pulak kali ni.
Doc bagitau lagi tengok perut saya pon kemungkinan besar anak lelaki.
Kepala baby saya pon dah kebawah.
Masa scan tu sepatah haram saya tak faham langsung ape yang saya tengok kat skrin masa doc tengah scan..kecuali tulang belakang baby saya..memang nampak jelas...sampai doc cakap good.

Semoga impian nak dapat baby boy tercapai dengan izinNya.. :)

Wednesday, October 26, 2011

Kek Oren Ibu Amani

Salam readers.
Harini kita semua bercuti sempena Cuti Deepavali.
Korang jalan-jalan ke mana?
Harini saya duk umah je..
Saya baru je lepas selesai masak Kek Oren atas permintaan encik suami.
Ni 1st time saya buat kek oren, selalu saya buat kek coklat je.
Sebab saya tak berapa suka kek perisa oren.
Nak tengok tak hasilnya....tadaaa... (nampak tak kesan garpu..? lidi takde nak cucuk untuk tau kek dah masak ke tak...jangan tiru saya gunakan garpu...hihi)


Kek kat atas ni baru je saya kuarkan dari oven.
Fresh dan masih panaslagi...jadi tak dapek nak tunjuk gambar kek yang telah dipotong.
Kalau saya rajin nanti saya tunjuk gambar kek yang telah dipotong.

Resipi ni saya ubah suai dari dua jenis resipi....dari My Resipi dan daripada blog Color of Bitt.
Terima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi resipi.

Tuesday, October 25, 2011

Amani dah pandai jalan dah..

Salam readers.
Sejak akhir-akhir ni saya rasa macam takde idea untuk membuat sebarang entry kat blog saya.
Mungkin disebabkan sejak dua menjak ni saya sedikit terganggu dengan kerja-kerja kat ofis.
Semalam saya dapat MC lagi sebab tekanan darah saya naik sikit.
Mungkin disebabkan stress kerja kot.
Patutlah pagi semalam saya pening semacam je.
Mujur saya dapat MC, dapat lah berehat kat umah dan menenangkan fikiran.

Sabtu lepas saya balik KL lagi bersama suami untuk bertemu cinta hati.
Kebetulan!! Kami balik amani boleh berjalan.
22/10/2011 tarikh yang saya akan ingati sampai bila-bila kerana itu merupakan hari pertama cinta hati kami suami isteri boleh berjalan dengan sendirinya.
Setelah setahun 2 bulan 10 hari...alhamdulillah...syukur ke hadrat mu ya Allah.

Esoknya kami bawak amani, nenek dan atuknya jalan-jalan kat jusco equine park.
Seronok tengok amani berjalan-jalan sambil dipimpin ayah dia.

Petang ahad tu kami gerak balik ke johor.
Menangis amani bila saya dan ayah dia tinggalkan dia.
Memang tak sanggup tengok dia nangis dari dalam kereta.
Walaupun jasad kita jauh dari satu sama lain, tapi hati amani sentiasa dekat dengan ibu.
Ibu dan ayah akan sentiasa mendoakan mu ...


Friday, October 21, 2011

Selamat Hari Lahir ke 54 emak

Harini merupakan hari ulangtahun kelahiran mak saya yang ke 54.
Maaf mak kerana tak dapat menyambut ulangtahun kelahiranmu.
Hanya doa yang dapat im kirimkan semoga hidup mak sentiasa dilindungi Allah SWT, panjang umur, murah rezeki, sentiasa sihat dan berbahagia selalu...Amin...

Thursday, October 13, 2011

Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu

Dipetik daripada facebook Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya k......ekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

• EBM = Expressed Breast Milk
• Fresh EBM = Susu yg baru diperah
• Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk
(bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi okey
• Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

• bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
• bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
• breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk
menyimpan perahan susu ibu
• Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali
sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel.
• Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
• Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
• Kuantiti susu yang diperah
• Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
• Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
• Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-7 hari
(selepas dibekukan) - 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
PERINGATAN:
• susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
• susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
• Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
• Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.
• Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
• Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

• Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
• Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

Niat saya untuk memberikan penyusuan susu ibu secara ekslusif kepada bakal bayi kedua saya. Kawan-kawan tolong doakan niat baik saya ni ye. :)

Tuesday, October 11, 2011

Dari Lactogen ke Anmum

Salam readers.
Korang dah bersarapan?
Saya sudah bersarapan bersama suami sebelum pergi ofis tadi.
Menu sarapan pagi ni adalah lauk ikan goreng sambal malam tadi :)

Pagi tadi masa call mak saya, amani masih tido lagi.
Rindunya kat dak tecik ni.
Hari-hari saya buat 3G melalui hp atuk dia.
Mujur ada teknologi 3G.... :)

Amani dah bertukar susu sekarang.
Dari Lactogen Langkah 3 kepada Anmum Essential Langkah 3.
So far so good lah dia minum susu Anmum.
Rasa susu ni macam vanila sikit...sedap :)
Untuk menyemak kandungan gula dalam susu anak anda klik sini.Korang bagi susu ape ye kat anak korang...?

credit to google

credit to google

Monday, October 10, 2011

Reunion


Salam readers.
Kat atas ni merupekan gambar Bain (kiri), Yana (tengah) dan saya(kanan).
Yang duduk kat tengah-tengah tu anak saya yang comel Amani.
Sibuk je tangan dia nak capai kendi air.
Sebenarnya ni adalah reunion kecil-kecilan di antara suami2 kami pada 9 Oktober (Ahad).


Buat pengetahuan korang, Yana dengan Bain ni pon dak UTM jugak.
Masing-masing umur 25 tahun.
Muda lagi kecuali saya T_T
Dorang ni kenal suami dorang semua kat UTM.
So, cuma saya sorang je masa ni budak UiTM...hahaha...

Best betul datang umah Yana dan Fazly.
Lepas makan nasik makan mi bandung pulak.
Memang sedap masakan dorang..terutama sambal belacan :)
Next time dorang kata nak datang umah saya pulak...nak buat BBQ katanya.... :)

Friday, October 7, 2011

Balik KL

Salam readers.
Hampir 3 hari saya tak buat entry baru dan bw.
Kepada yang masih sudi menjengah blog saya, terima kasih diucapkan.
Saya dapat mc disebabkan selsema dan batuk.
Tau2 jelah ibu mengandung ni kan, ubat bukan boleh sebarang-sebarang makan.
Alhamdulillah harini saya semakin ok, batuk-batuk pun dah semakin kurang.

Petang ni selepas suami balik dari kerja saya kami akan bertolak ke KL balik umah mak kat Sungai Besi.
Dapatlah jumpe si comel yang dirindui.
Dia pon kene selsema serentak dengan saya kene selsema.
Tak sabar sangat nak jumpe budak tecik yang makin becok mulutnye.

Monday, October 3, 2011

Selsema menyerang

Salam readers.
Pagi ni hujan...kalau sambung tido kat umah mesti best.
Tapi  nak buek camno kan...arini ari bekoje...

Malam tadi saya dah janji untuk buatkan suami saya nasi goreng untuk breakfast dia.
Suka sangat dia makan nasik goreng saya.
Dia cakap sedap...huhu..terharu saya :)
Padanhal pagi semalam saya dah masakkan nasi goreng untuk dia.
Pagi tadi badan saya tak larat pas bangun tido sebab saya selsema.
Sebelum dia semayang subuh dia cakap tak pelah tak dapat masakkan.

Tengok-tengok pas semayang subuh dia cakap..kan best kalau dapat makan nasi goreng.
Alahai..tak sampai hati pulak dengar.
Saya masakkan jugak  nasi goreng untuk dia... (suami tolong saya siang ikan bilis).
Akhirnya berjaya gak saya masak kan nasi goreng untuk dia bawak bekal ke ofis.
Rasa berbangga jugak dapat bekalkan dia breakfast dengan hasil air tangan sendiri.


Korang sarapan ape pagi ni?

Sunday, October 2, 2011

Semalam saya dah scan baby saya

Salam readers.
Semalam saya pegi scan baby dalam perut ni bersama dengan encik suami kat Poliklinik Rozikin area Pasir Gudang.
Excited weh nak tau boboy ke gegurl ni...
Dan keputusannya....
Uwaaa...baby menelangkupkan badan dia...
Kepala dia dah kat bawah...
Montot dia terlangkup..
So tak dapat dipastikan lagi boboy ke gegurl.
Tapi...doc bgtau kalau tengok perut mungkin boboy.
Dan masa scan tu doc sekali imbas macam ternampak bebola boboy.
Doc kata mungkin boboy...tapi dia suh scan lagi nanti.
Frust betul kami masa tu...memang dik amani nak bagi surprise kat ibu ngan ayah dia kot.

Doc kata kandungan aku so far takde masalah.
Uri ok, baby pon ok.
Kepala baby pon dah ke bawah dah.
So bulan depan ibu dengan ayah akan berusaha lagi untu scan adik amani.. )