Kemudahan di Kembara Homestay

Saturday, December 31, 2011

Bayi Januari 2012

Salam....sedar tak sedar harini dah nak masuk 38 minggu saya pregnant. Kalau ikutkan masa Amani dulu, masa 37 weeks 3 days saya dah bersalin....awal 16 hari dari EDD. Mak bidan@tukang urut saya pas bersalin nanti menjangkakan saya akan bersalin lagi awal dari EDD....nurse pon cakap mungkin awal sebab kepala baby mmg dah berada kat laluannya...patutlah sejak dua menjak ni saya nak jalan pon dah tak larat...nak duduk pon rasa x selesa..apetah lagi nak baring2...wait n see...Ape2pon saya mintak semua rakan-rakan mendoakan saya dan bayi yang akan dilahirkan nanti selamat.  :) Bayi saya akan lahir pada Januari ini....

Wednesday, December 14, 2011

Demam Masterchef

Salam semua.
Korang nengok tak rancangan Masterchef?

credit to google

Saya dn husband saya merupakan kipas susah mati (die hard fan) rancangan ni.
Rasa nyesal jugak kalau termiss nengok rancangan ni..hehe...
Konon-konon saya nak jadi macam peserta-peserta dalam rancangan tu.
Semua pandai masak....seawal umur 18 dah boleh tunjuk kebolehan memasak yang super kaw-kaw.
Tabik spring sama korang...:)

Dalam banyak-banyak episod, saya paling tertarik dengan episod peserta yang dibahagikan kepada pasukan merah dan pasukan biru.
Pasukan biru kena masak kat rumah pengacara Azura Zainal Abidin.
Pasukan merah pulak kene masak kat rumah Sazzy Falak.
Masa dorang semua kene pergi dapur untuk start masak, dalam hati saya siap kata "Dapur Azura ni agak sempit, kesian kumpulan biru...nak gerak pun susah...Dapur Sazzy besar....senang kumpulan merah nak masak".

Ingatkan dengan kelebihan tu pasukan merah yang menang, rupe-rupenya idok.
Pasukan biru yang menang.
Kat sini saya nak buat sikit kesimpulan mengapa pasukan biru menang, mengapa pasukan merah kalah.
Ini hanya pendapat peribadi saya sahaja :)

Pasukan biru telah diadili oleh keluarga Azura yang pada pandangan saya sangat-sangat humble. Mungkin mereka ini dari golongan yang sederhana. Ada beberapa kesalahan yang dilakukan oleh para peserta telah dibackup oleh ahli keluarga Azura sendiri.. :)

Pasukan merah pula telah diadili oleh keluar Sazzy yang sememangnya kita ketahui dari golongan atasan. So bab2 makanan western ni memang dorang terer. So kalau ada yang tak kene tu memang kene kaw-kaw dengan family Sazzy. Tapi kesalahan terbesar yang dilakukan oleh pasukan merah adalah kerana menghidangkan daging yang masih ada benang terikat. Lupe nak bukak agaknye sebab mengejar masa yang suntuk.

Korang tengok masterchef?

Monday, December 5, 2011

Braxton Hicks

Salam readers...
Dah lama betul saya tak membuat sebarang entry.
Pejam celik pejam celik saya pon dah semakin sarat..dah hampir 9 bulan dah rupenya saya mengandung.
Alhamdulillah... kalau ikut due 19 januari 2012.
Sekarang ni perut saya semakin kerap mengeras.
Mungkin inilah yang dinamakan Braxton Hicks.
Doakan saya dipermudahkan bersalin nanti ye kawan-kawan :)