Kemudahan di Kembara Homestay

Tuesday, April 24, 2012

Amani dijankiti HFMD

Amani warded lebih kurang 3 pagi kat Hospital Penawar selepas disahkan dijangkiti HFMD.
Ya Allah...sunggu besar dugaan yang ditanggung oleh anakku Amani.
Memang tak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung budak sekecil Amani.
Tapi saya yakin..semua yang berlaku ada hikmahnya...

Rupe2nya bintik2 air di tapak dan celah tangan kaki merupakan simptom2 HFMD.
Sungguh ibu tak tau Amani dijangkiti HFMD.
Sebab ibu tak nampak pon ulser di bibir ngan lidah Amani.
Rupe2nya ulser tu penuh kat tekak ngan lelangit Amani.
Ya Allah...sembuhkanlah Amani...

Saturday, April 14, 2012

Dah start koje balik dah!

Minggu ni saya dah start bekoje balik.
Aiya..manyak tensi woo..rasa macam kejap je cuti 3 bulan.
2nd day masuk keje je, dah kene attend 2 meeting..(bunyi macam sibuk jekkkk)
Isu paling membosankan dalam meeting ADALAH untuk mengupdate boss pasal website.
Dari masa mengandung sampailah naik koje balik ni tak sudah2 kene update website.
Hari Jumaat pon ada meeting.
Meeting, meeting dan meeting lagi.
Tau jelah....cik senah ni tak suka meeting.
Dulu masa kat ofis lama saya hanya menjadi pak pacak je atau dalam erti kata lain tak masuk meeting pon xpe.
Maklumlah orang tak penting...sebab bos2 ada boleh tolong menjawab..:P
Bunyi macam bz mengalahkan wakil rakyat....KELAS KO JAH!!
Pastu bos bagitau nak anto saya attend kursus JOOMLA pulak.
Ok bos..saya pegi...demi mencapai website 5 bintang.... :P
Poyo!!!hehe
Dan rabu depan pulak kene terbang ke Sarawak pulak.
Sebab ada meeting LAGI!!
Mulalah terbayang dalam kepala ni...kenapa cuti bersalin 3 bulan je..bukan 30 BULAN...muehehehe...

Tuesday, April 10, 2012

Puting Ortodontik Fiffy jugak jadi pilihan Alya

Semalam masa amik budak2 kat taska, saya telah dikejutkan dengan perkhabaran yang sangat2 menggembirakan.
Alya dah nak minum susu guna botol dah.
Memang salute lah ngan pengasuh2 kat taska sebab sangat2 sabar melayan karenah Alya.
Sekarang Alya guna puting ortodontik brand Fiffy pulak macam gambar kat bawah ni..
Puting ni leper dan pendek..
Tapi tak kisahlah...asalkan Alya nak minum susu.
Puting mahal ke murah tak jadi persoalan.
Syukran Ya Allah...
credit to google

Wednesday, April 4, 2012

BE pertama tahun 2012


Yeay..BE pertama di tahun 2012 dari Nuffnang. Tanx Nuffnang.. :)

Alya tak nak pakai botol lah pulak

credit to google-botol Alya kaler purple.nak belikan kaler pink dah habis masa tu... :(

Aiyaa..minggu ni memang minggu yang memeningkan kepala.
Alya taknak minum EBM guna botol lah pulak.
Sebelum ni Alya ok je minum pakai botol MAM sepanjang hampir 3 minggu kat taska.
Ish...bertuah betul dak Alya ni...

Alkisahnya...minggu lepas 4 hari saya tak hantar Alya kat taska.
Sebabnya dia selsema dan batuk.
Saya sian pulak tengok keadaan dia ngan hidung tersumbat.
Kalau kat umah leh gak saya sedut hingus dia guna mulut.
Lega sikit dia nak bernafas.
Tau2 jelah kan kalau duduk umah, confirm lah Alya nak direct feed je ngan saya.
So sepanjang 4 hari tu xdelah Alya guna botol.

Bila saya hantar si kecik tu balik kat  taska, langsung Alya tak nak pakai botol.
Aiyayaya...peninglah cikgu2 kat taska nak memujuk si Alya minum susu.
Kesudahannya sepanjang minggu ni terbuang stok susu yang saya bekalkan untuk dia kat taska.
Sedihnyaaaaa....
Apelagi, bila sampai umah Alya akan nyusu sampai puas2.
Sampai saya pulak tertido2 masa menyusukan dia.

Kagum betul dengan ketahanan si kecik menahan lapar.
1st time nak ajar si kecik minum guna feeding botol, dia amik masa 4 hari untuk sesuaikan diri ngan puting baru.
Walaupun gitu, berat Alya tetap naik bagaikan dipam2.
Berat dia sekarang ni je dah 6.4kg.
Dah pakai petpet saiz M.
Sama ngan kakak Amani dia.

Hopefully harini dia nak pakai botol balik.
Isnin ni ibu dah nak naik keje...huhu.

Tuesday, April 3, 2012

Renungan

credit to google


Tengah-tengah dok fb tadi terbaca something fb Ustaz Don Daniyal.Jom kita renung-renungkan bersama kata-kata dibawah yang saya copy sebijik-sebijik dari fb beliau...

‎"Jika gaji kita RM 5,000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20,000, Allah SWT akan berikan beza 
RM 15,000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

Jika gaji kita RM 5,000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2,000, beza RM 3,000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "GIve more" kan.. Firman Allah SWT dalam Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..

Sama2 kita berusaha dan berjaya dunia akhirat. Amin~ dipetik dari Prof Dr Muhaya

Monday, April 2, 2012

Amani comel



Shaye sekarang dah semakin membesar...
Shaye dah pandai cakap walaupun pelat.
Gambar-gambar kat bawah ni ibu shaye yang tangkap.
Credit to ibu shaye...
Jom layan gambar-gambar shaye ye..

shaye tengah tengok tivi...

tengoklah gigi bawah shaye

shaye memang suka memanjat

kawan ayah cakap gambar yang ni ikut muka ayah shaye

nengok tivi

bermain cak cak  bersama ibu di belakang buai shaye

ibu stop amik gambar shaye jap...shaye tak ready lagi..

ibu cakap shaye comel

ibu shaye paling suka gambar ni :)

ibu cakap shaye comel dan comel

Sunday, April 1, 2012

Alya dan ulat bulu

Ulat bulu ni kawan ayah yang hadiahkan pada shaye... Tanx to uncle Khairul...