Kemudahan di Kembara Homestay

Monday, December 31, 2012

Pada Zaman Dahulu

Anak korang suka tak tengok kartun pada zaman dahulu.
Perghh..anakku yang berdua tu obses gila kat kartun tu.
1st time tengok ada gak saya ketawa terbahak².
Tapi kalau dah tengok berpuluh2 kali menguap jadinya...hahaha...
4 5 kali dvd player tu ulang  tayang kartun ni.
Kartun ni best dan tak bosan.
Tapi jadi bosan sebab 1 dvd ada 2 episod aje.


Tu dia..si kakak mengetuai si adik tengok kartun.
Macam² je anak² ibu ni... :)

Sunday, December 30, 2012

Jemput² pisang kesukaan Amani

Tadaa....harini nak share resipi breakfast/minum petang kat entry ni.
Actually saya ni bukan lah rajin sangat nak masak² bende remeh ni.
Tetapi dah jadi ibu kan...kenelah merajinkan diri.
Kalau tak lapar lah anak kat umah :P
Kebetulan jemput² pisang ni jadi makanan feveret Amani.

Memang gila obses pada jemput² pisang/goreng pisang.
Tapi yang herannye...pisang mentah tak suka pulak.
Ok...tak kisahlah anak...asalkan Amani hepi ibu pun hepi.

Resipi ni resipi turun temurun dari mak saya.
Dua tiga kali buat baru berjaya :P

Resipi jemput² pisang

Pisang lemak manis (kalau boleh beli pisang yang dah masuk ranum dan nak lembik tu)
Tepung gandum
Gula
Garam
Kelapa parut


Cara buat

  1. Lenyek pisang. Gaul dengan tepung sikit demi sedikit (Tepung jangan letak banyak sangat sebab nanti takut keras)
  2. Campur gula ikut manis.
  3. Campur garam untuk bagi rasa lemak sikit.
  4.  Letak kelapa parut untuk bagi rasa lemak².
  5. Bila bahan dah sebati sedia untuk digoreng :)
Boleh rujuk gambar kat bawah....Petang ni pun kene masak jemput² lagi sebab Amani dah request pagi² tadi...Kalau tak masak kan jugak untuk Amani confirm hujan petang ni...hehe...Jangan mungkir janji pada budak²..Dorang pengingat...bukan penyengat...hehe...


Proses menggaul bahan²

Proses menggoreng


Sedia untuk dimakan

 

Tuesday, December 4, 2012

Sanrio Hello Kitty Town, Puteri Harbour Family Theme Park, Nusajaya

Anak² ibu
Love u all :)
Pekwe Hello Kitty
Konsert Hello Kitty

Alya melopong tengok Hello Kitty joget²
@Black Wonder Hello Kitty
@Black Wonder Hello Kitty

Untuk keterangan lanjut sila kunjungi website ini ye :)

Sunday, December 2, 2012

Wishlist penutup tahun 2012

Tahun 2012 dah nak habis.
Rasa macam nak reverse tahun ke belakang balik sebab masuknya tahun 2013 menandakan umur saya dah mencecah 30!!!
*Benci....dah makin tua!
Tapi kadang² susa sebab orang tak percaya saya dah ada dua anak...muahaha..(perlu ke aku mention statement perasantan ni)
Well...bukan saya kata...orang kata...

Sejak bermenjak ni kepala saya asik lah terbayang kan nak bake Red Velvet Cake+Puding Roti dan Kek Oren(buat suami terchenta).
Mixer yang suami hadiahkan tahun lepas dah dekat setahun tak guna!
Huhu...teruk benar...haha

Angan² akan jadi kenyataan...kita tengok berjaya tak saya mencapai wishlist saya :P

Tuesday, November 27, 2012

Dialog comel Amani

Dialog 1

Amani : Adik..makan...
Ibu : Adik tak nak makan...Amani makanlah...
Amani : Tak nak...Amani dah kenyang..

Dialog 2

Amani: Mana basikal Amani?
Ibu : Tu dia, ibu letak belakang kerusi..
Amani : Mana?
Ibu : Tu...
Amani : Oooo...tu basikal Amani

Dialog 3

Ibu : Haritu Amani pegi zoo Amani tengok ape?
Amani : Ada snake besooor...
Ibu : Lagi?
Amani : Ada kelawar besooor..
Ibu : Lagi?
Amani : Ada elephant besoooorr...

Dialog 3

Amani : Adik...no..no..no...Biasa dia...
(Sambil menghalang adik dia kutip benda atas lantai)

Dialog 4 :

Amani terjatuh kan barang...

Amani : Ooo mak kau...








Monday, November 26, 2012

Gadis Kecil Di Pinggir Gaza

credit to google


Cuti Awal Muharam lepas dapat lah beli buku kat atas ni dengan harga RM18 kat Mahkota Parade, Melaka.
Terus berminat nak beli bila terbaca sinopsis buku ni.
Pengisian yang sangat-sangat meruntun jiwa kepada yang menhayatinya.
Di kala kita bergembira...ada yang sedang berduka lara.
Sesungguhnya berat penderitaan penduduk Palestin.
Allah Maha Mengetahui...
Lindungilah penduduk Palestin Ya Allah..
Insyaallah..Palestine Will Be Free...

Sunday, November 11, 2012

Pandainya Amani baca doa makan :)

Alhamdulillah..sejak Amani duduk kat taska ni, banyak perkembangan positif yang berlaku.
Favourite song Amani "Satu Labah-labah"..
Sampaikan lagu ni dah jadi wabak kat taska Amani.
Satu hari tu saya rasa sebak sangat.
Sebak bukan bererti sedih.
Tapi sangat2 excited.
Amani baca doa makan full.
Alhamdulillah...syukur kepadamu ya Allah.
Sebelum ni saya tak penah pon dengar dia bertatih2 baca doa makan di rumah.
Tau-tau je satu hari tu dia dah boleh baca doa makan penuh.
Cikgu-cikgu kat taska pun duk puji Amani boleh baca doa makan dengan terang.
Sekarang barulah saya faham perasaan mak saya.
Macam mane kegembiraan mereka bila anak2 mereka berjaya dalam kehidupan.. :)
Love u mak :)

Tuesday, November 6, 2012

Amani in action...

Kakak Amani jalan2 kat JPO masa ni

Baju raya tahun lepas...tahun ni recycle balik...tahun depan baru ibu nak belikan baju baru.

Monday, November 5, 2012

Amani naik kuda

gambar amani naik kuda...







Gambar ni masa kat Jusco Equine Park...mula2 relax je dia  naik kuda pusing ni dengan Cik Han dia...tapi bila kitorang datang tengok je terus dia nangis nak turun...Malulah tu...haha...Amani pon tau malu...:P

Sunday, November 4, 2012

Koleksi Buku Amani

koleksi kaler pink gitu..

page yang amani paling suka view kat buku ni adalah kat bahagian animals :)

buku pasal anak kucing

buku pasal kaler kaler
Sebenarnya ada lagi buku-buku Amani..nanti ibu dia tunjuk lagi di lain entry ye...

Tuesday, October 16, 2012

"Oh mak kau" versi Amani

"Oh mak ko"..
Terperanjat tak kalau kata-kata tu terkuar dari anak korang yang berumur 2 tahun?
Haha...si Amani ni lah..
Ada satu hari tu..tengah duk main2..barang mainan dia terlepas dari tangan dia.
Then terpacul lah statement tu dari mulut dia...
Dalam dua tiga kali jugaklah diacakap ayat tu..
Nak kata saya ni kaki latah tak jugak.
Haha...tak tau lah dia tu meniru sape cakap..
Comel je kan kalau budak kecik cakap camtu.. :)

Monday, October 15, 2012

Alya dh start minum susu campur...sedihnya :(

Diam tak diam Alya dah pun masuk 9 bulan.
Dia ni memang jenis tak banyak kerenah.
Ahad lepas Alya demam.
Diam je dia...tak mau main macam selalu ngan kakak Amani dia.
TAPI...makan...macam ORANG SIHAT.
haha..comel je..
harini saya bekalkan labu lenyek untuk makan kat taska.

Sungguh sedih..dalam keterpaksaan saya terpaksa bagi Alya minum susu formula.
Susu badan tak dapat nak menampung keperluan dia di taska.
Cuma kat rumah je saya bagi dia full bf....kalau kat taska terpaksalah minum susu fm.
SEDIH.....  :( cuma dapat full bf dia selama 9 bulan je...
Sekarang dia dah minum campur2 dah....

Monday, October 1, 2012

Amani dan Kimi

"Ani....."kata Kimi...padanhal patutnya kene panggil Amani...cute sungguh...
Gambar kat atas ni gambar anak buah saya Kimi ngan Amani....comel je...berborak bahasa budak2 sambil baca buku..cute...miss the moment :)

Tuesday, September 25, 2012

Victoria’s Secret Sheer Love Perfume

perfume idaman kalbu-picture by google



Walaweeei....akhirnya setelah menanti sekian lamanya.
Dapat jugak membeli perfume macam gambar kat atas nun dengan harga ehem ehem from my colleague..

Sunday, September 16, 2012

Still full breastfeeding lagi!

ihsan google

Tak sangka dah 8 bulan saya menyusukan Alya.
Setakat ni takde lagi campur dengan mana2 susu FM.
Rezeki Alya masih ada lagi untuk minum susu ibunya saje.
So dengan bangganya saya nak tepuk tangan untuk diri saya sendiri.
Chaiyok chaiyok Ibu Alya.. :)

Thursday, September 13, 2012

Header Baru

header baru
Tengok header baru saya.
Comel bukan?
Sungguh perasan sekali...hehe
Saje je tukar header baru.
Guna photoscape aje sudah sebab header saya bukan susah sangat nak buat.
Cuba main ngan font dan color aje.
Pastu tepek gambar kucing dan gambar love.
Selesai sudah...

header lama

Header lama kelihatan tak sesuai dah sebab just mention nama Amani aje.(cer tengok gambar kat atas)
Suppose letak Ibu Amani Alya...dan BUKAN lagi Ibu Amani.

Gambar kucing kat belah kanan header baru tu saya dedicated untuk Amani sebab dia sangat suka kucing especially hello kitty.

Amacam..header baru ada gaya tak? :)
 

Thursday, August 30, 2012

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-55

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-55 kepada seluruh rakyat Malaysia. Harap negara kita aman damai sampai bila-bila.

5 BE tengah running kat blog saya...wehuuu.....Alhamdulillah...tengah gigih mengumpul duit tabung... :)

Sunday, August 26, 2012

Selamat Hari Raya 2012


Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Siti Hasmah, Shaiful Nizam, Shafiyyah Amani dan Shafiyyah Alya

Friday, August 10, 2012

Breastfeed ketika puasa

Stok susu semakin merudum..alahai....
Takpe...saya yakin dan saya tekad...
NO CHOICE...Alya mesti breastfeed sekurang-kurangnya 2 tahun..
Ya Allah..makbulkanlah doa hambaMu ini demi anakku Alya...

ihsan dari google

Thursday, July 19, 2012

Preparing Solid Food for Alya!

Weehuuu...
Bulan ni saya dah mula preparing solid food Alya untuk dibawa ke nursery.
Gigih lah saya duk mencari cara terbaik untuk buat bubur yag sedap n berkhasiat untuk Alya.
Pengalaman  membesarkan Amani dulu mengajar saya untuk tidak membuat kesilapan kali kedua.
Saya tak nak ajar Alya makan CERELEC.
Amani dulu saya ajar makan cerelac..langsung sampailah sekarang taknak makan sayur...huhu.
Sangat adventurous masak-memasak untuk baby ni.

Haaaa puan-puan…for this time saya nak story mory serba sedikit preparation yg sy buat untuk buat bubur Alya.

1st Step - Blender beras sampai jadi bentuk powder gitu...pastu basuh. Then campak dalam kuali untuk keringkan beras tu.Kejap sudah...jangan lama2 sangat. Kang jadi beras goreng pulak. Tujuan panaskan dalam kuali tu untuk keringkan air je. So x yah semangat sangat nak goreng beras tu lelama...hihi. Pastu dah sudah tu letak lah dalam bekas kedap udara. So next time nak buat bubur cedokkan aje beras tu dalam beberapa sudu letak dalam air panas mendidih. Kejap je dah jadi bubur. Tapi make sure masa nak boilkan bubur tu dalam api yang kecik je ye puan-puan  :) NAH...jimat masa bukan?

2nd Step - Untuk ajar anak-anak makan sayur pulak...lets do this step...Rebuslah carrot ke, brokoli ke, asparagus ke...then dah agak2 masak...tuang dalam blencer dan blend kan sampai hancus jadi puree..Make sure betul2 hancur tau..pas blend letak kat ice tray yang bertutup. So tuang lah dalam tu. Next time buat bubur nanti masuk je puree sayur yang dah di frozenkan tu dalam bubur yang tengah dimasak.  Kacau sampai bubur ngan puree tu sebati. Now...its ready for serving...

Bubur yang panas-panas tu saya letak dalam food flusk dan bagi kat nursery...

Wednesday, July 11, 2012

Sedut hingus anak guna mulut

HINGUS?
Mintak maaf mintak ampun.
Entry ni bukan berniat untuk membuatkan anda rasa geli2.
Sudi2kan membaca entri saya ni sampai habis ya.
Barulah anda tahu cerita sebenar... :)

Pernah tak anak anda SELSEMA?
Kesian kan? Rasa macam nak tolong je anak2 kita tu hembuskan hingus dorang.
Bila kene selsema ni confirmlah anak2 kita meragam sebab hidung dorang tersumbat dan susah nak bernafas.
So hasilnya anak2 kita ni akan meragam dan menangis je lah kejenya dari pagi sampai ke malam.
Sampaikan ibunya sendiri pun tumpang sekaki menangis...uwaaaa...

Pam getah untuk sedut hingus?
Serius tak berkesan..
Bila selsema anak2 ku di tahap yang serius, saya sendiri akan MENYEDUT hingus anak2 pakai mulut saya.
Bunyi macam GELI kan?
Tapi saya kesian sangat tengok anak2 meragam tak leh tido malam sebab hidung tersumbat.
So lepas dah sedut hingus anak2 ku lega.
Boleh lah dorang bernafas senang sikit.

Dulu sebelum ada anak, saya GELI je dengar citer ibu yang SEDUT hingus anak dorang.
Bila saya sendiri dah bergelar ibu, baru saya faham pengertian kasih sayang seorang ibu.
KASIHNYA IBU...MEMBAWA KE SYURGA...

Semoga Allah membalas jasa ibuku dan jasa ibu2 lain di seluruh dunia dengan syurgaNYA...Amin...

Sunday, July 8, 2012

BADANG kesayangan saya

Inilah dia BADANG a.k.a suami saya...hihi
Cuba tengok pose kat bawah ni...
kalau hari2 dukung macam ni memang boleh berketak2 mcm fahrin ahmad.
Ok gak tu...kasi badan suami debob sikit.Ok jugak kan?



Saturday, July 7, 2012

Alya tomei tippie

Ya Allah Alya...kenapa lah Alya ni tomei sangat ni...hihi..Geram je tengok pic2 dia kat bawah ni.
Sekarang Alya saya ni dah nak masuk 6 bulan dah.
Jom nengok gambar Alya...

Monday, June 11, 2012

Bila Amani dan Alya balik kampung

Jumaat lepas kami 4 beranak balik Gemas.
Sudah berabad lama tak balik umah mertua.


Plannye nak bertolak pas balik keje.
Tapi ape kan daya...si Amani tu orang nak berkemas dia pon sibuk berkemas.
Uwaa...letih betul ibu dan ayah mengemas umah yang dah bersepah serupa macam tongkang pecah.
So dek kerana bz melayan kakak dan kenit, terpaksa lah bertolak lepas maghrib.

Saya duduk kat belakang dengan kakak dan kenit.
Alya duduk kat seat dia.
Amani pulak duduk sebelah ibunye.
Ayah pulak duduk depanlah kan..kalau tak sape pulak nak drive.

Rasa seronok pulak bawak our kids ni balik kampung.
Wah...baiknye anak² ibu.
Semuanya tido dengan aman damai dalam kete.
Takde pon sesi amuk sepanjang perjalanan...hehe...lega ibu :)
Saje nak ajar our kids jalan jauh² sikit.
Lagipon it's good for our kids to learn to adapt in different environment..

Next time kita buat percubaan balik KL pulak ye anak²ku.


Monday, June 4, 2012

Maksud nama anak²ku..

  1. Shafiyyah Amani 
  • Shafiyyah -Kawan tulus ikhlas
  • Amani - Cita-cita, ketenanganku, keinginan, Kesejahteraanku

      2. Shafiyyah Alya
  • Shafiyyah -Kawan tulus ikhlas
  • Alya - Ketinggian


Thursday, May 31, 2012

Encik suami join SRS malam ni!

Semalam dengan harini saya EL sebab jaga Amani kat rumah.
Amani suspect HFMD for the 2nd time.
Rabu petang lepas amik budak2 ni, rutin macam biasa, saya akan menelek badan anak2 ari hujung rambut sampai hujung kaki.
Nampak tiga tompok merah kat bibir bawah Amani.
Dan nampak bintik2 samar kat tapak kaki dan tangan Amani.
Malam tu saya dan suami bawak Amani pegi klinik dan doctor bagitau memang tu petanda nak kene HFMD balik.
So, doc tak bagi saya hantar Amani ke taska.
Thats whylah saya cuti 2 hari.
Bosan gile duduk rumah.
Amani memang suka gilelah saya tak hantar dia pegi taska...

Malam ni encik suami akan berjaga malam dari pukul 1 pagi-4 pagi sebab join SRS.
Untuk yang tak tau ape kebendanya SRS tu biar Cik Semah ko ni explain.
SRS tu short form pada Skim Rondaan Sukarela.
Lebih kurang macam rukun tetangga lah.
Diwujudkan oleh penduduk sebuah tempat untuk meronda kawasan tempat tinggal mereka.
BEWARE lah wahai pencuri2!
Sejak dua menjak ni kawasan tempat tinggal kami kerap jadi sasaran PENCURI DURJANA!
Ada kes satu rumah tu siap pencuri tu kuarkan kata2 ugutan untuk merogol.
Dialognye lebih kurang cenggini... "Kalau takde barang berharga, aku rogol"
Ape punya pencuriklah...mana ada rumah yang simpan duit sampai beribu2 dalam rumah kan? kan? kan?
Kecuali kawasan rumah kat Bukit Antarabangsa dan seangkatan dengannya.

So dengan adanya SRS ni diharap dapatlah mengurangkan kadar jenayah yang berlaku kat sini.
SRS ni memang efektif...selain dapat meningkatkan tahap keselamatan kawasan tempat tinggal, penduduk2 kat sini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Percaya tak zaman sekarang ni?
Pada zaman yang canggih manggih kononnya...jiran sebelah menyebelah pon kadang2 kita tak kenal.
Semua buat hal masing2.
Saya harap saya tak tergolong dalam golongan yang macam tu..
Tempat anda ada SRS x?

Tuesday, May 29, 2012

Shaklee Trial Pack (Breastfeeding Set)

May is almost over...Terima kasih Allah kerana masih memberikanku peluang untuk bernafas di bumiMu.
Tomorrow (31st may)  is my father's 57th birthday.
Dah ada 3 cucu dah abah saya.
Lepas ni tak taulah giliran anak dia yang mana pulak nak tambahkan cucu untuk dia lagi.
Yang pastinya mak saya dah bising2 suruh stop dulu.
Muahahaha....
Ala mak, relaxlah...masa muda nilah nak beranak banyak2.
Banyak cengkadak...dahlah ibu Alya ni ada penyakit Anemia.
Muahaha...

It has been a busy month for me.
Tension dan serabut kepala otak.

Sampaikan production susu pon agak merudum.
Uwaaaa...stok susu dalam freezer dah semakin berkurangan.
Dahlah saya ni pemalas nak bangun memalam buta mengepam.
Dushhh..sekeh sikit ibu Alya ni.

Sekarang ni ibu Alya ni duk amalkan amik supplement Shaklee macam gambar kat bawah ni.
Pil-pil yang ibu Alya duk makan ni ada 4 jenis semuanya.
Dan yang paling ibu Alya tak suka, pil2 dia besar gedabak.
So kalau nak tau lebih lanjut khasiat benda alah ni, sila jangan sesegan bukak website ibuhakimhaikal.com.
Service penghantaran dijamin mantop,cepat dan telus...hehe

credit to ibuhakimhaikal.com
Diharap lepas ni susu ibu Alya ni akan melimpah ruah dengan izin dari Allah.
Happy breastfeeding mommies semua...!

 

Sunday, May 27, 2012

Terima kasih Taska Cahayamata KEJORA

Sejak dah ada anak dua ni, saya lebih menghargai tugas saya sebagai seorang ibu dan isteri.
Istilah tak cukup tido rasanya memang dah sebati macam tepung yang diuli bersama air.
Amani dan Alya dah semakin serasi berada ngan pengasuh dan kawan-kawan kat taska.

Saya memang nak tabik pada pengasuh2 Amani n Alya yang sabar melayan karenah budak berdua ni.
Pada minggu2 pertama Alya tak nak minum pakai botol langsung.
Sanggup si cikgu2nya bersabar layan karenah Alya.
Sekarang dia dah boleh minum pakai botol.
Sampai cikgu cakap abis 2 bekas dadih susu yang saya pam sekali dia minum.
So, sekali minum dia abiskan dalam 4 oz atau 5 oz.
Patutlah debob.

Amani pulak pada minggu2 pertama asyik nangis je sebab dia sangat2 takut pada environment yang dia tak biasa.
Seminggu dua jugak Amani nangis.
Tapi sekarang Alhamdulillah...
Cikgu Amani cakap Amani tak suka orang yang kasar2..dia akan cepat suka pada orang yang cakap lembut2 ngan dia.

Yang paling menyenangkan dan menyejukkan hati, taska ni upah sorang nenek datang kat taska untuk ajar budak2 umur 2 tahun ke atas mengaji muqaddam.. :-)
Mula2 cikgu kata Amani takut nak belajar muqaddam..
Tapi lama2 dia dah nak dah pegang rehal dan muqaddam.
Memang terbaiklah taska ni..

Saya sangat suka dengan cara pendekatan cikgu2 kat siti yang bercakap lembut dengan budak2 dan tak membeza2kan perkembangan antara budak dengan budak lain.

Two thumbs up!!

Wednesday, May 23, 2012

Breastfeeding Story Mory

Alhamdulillah...masuk hari ni dah hampir 5 bulan Alya minum susu badan saya.
Jap eh...nak loncat2 kegirangan sikit boleh tak?
Hoyeaa..hoyeaa....ni kalau orang tengok ni confirm cakap saya sasau.

Tapi betullah...pengalaman menyusukan badan ni sangat2 menyeronokkan.
Tak tergambar dengan kata2..ha mulalah tu nak bermadah pujangga.
Walau kemana saya outstation pon, Spectra 3, cooler bag dan ice pack tetap diheret ke hulur ke hilir.
Masa pegi Sarawak itu hari pon sama jugak....gigih bawak susu naik flight.
Untung Alya dapat rasa susu dari Sarawak :P

Sekarang berat Alya dah mencecah 6.92kg.
Hamik ko...betapa debobnye.
Doctor penah cakap...baby susu formula badan cepat naik sebab paras gula dalam susu formula tu sendiri.
Dan kalau baby minum susu badan ni pulak ada 2 type..
Satu jenis kurus...satu jenis debob.
Kalau budak jenis kurus maknanya, mak dia makan tak cukup zat (tak makan sayur dan sebagainya)
Dan yang jenis debob pulak budak yang maknya makan cukup zat macam saya.
Mana taknya...mak si Alya ni macam mesin makan.
Main makan je.
Memang takde istilah memilih.
Tapi mak si Alya ni tak makan TAUGEH!
Jangan ditanya kenapa okeh?
So sekarang terbuktilah mak si Alya ni makan makanan yang berzat. :P

Setakat ni memang saya berpantang ais.
Kalau nak tau...cik senah ko dulu ni ratu ais.
Sikit2 minum ais.
Tapi sekarang cik senang ko dah berubah....kalau teringin nak minum sangat pon minum sikit2 jelah...takdelah habis secawan.
Setakat melepas gian je orang kata...huhu.
Demi Alya saya berpantang minum air gas, makan jajan, makan asam, makanan berangin dan makanan yang pedas2.
Harapnye dapat teruskan penyusuan sampai Alya sendiri yang tak nak..hihi


Saturday, May 5, 2012

Jom bersihkan rumah!

Pergh...dah naik bersawang dah blog saya ni.
Iklan nuffnang pon dah merajuk  :P
Minggu lepas dan minggu ni saya agak sibuk menyiapkan tugas berkaitan progam kolej.
Sibuknya berminggu2...padanhal majlisnye 2 hari je.
Buat julung2 kalinye saya diamanahkan untuk menjadi ketua ajk siar raya n multimedia.
Haaa...amik ko...terpinga2...bukannye makcik senah ni gheti pon benda2 berkaitan pa system,mcp dan segala bagai....
Mulalah dok menggoogle ape2 yang patut.
Nasib baik dapat anak buah yang rajin.
Kalau tak menggelabah lah jawabnye.
Menteri nak datang..sibuknye mengalahkan nak buat kenduri kawen.
Dapatlah tengok Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Azalina dan KSU Kementerian Pengajian Tinggi secara live.
Alhamdulillah...majlis dah selesai semalam.
Rasa macam ringan sikit kepala otak.

Ni saya nak share cite pasal ops pembersihan rumah secara besar-besaran sehari selepas amani discharge. Dah macam mengemas untuk hari raye je gamaknye.
Tindakan yang  saya buat:

  • Bakar karpet yang ada kat belakang rumah.Lepas ni dah xde dah guna karpet2 lagi dah...Amani alah habuk...x sanggup nengok amani kene gegata lagi.
  • Bakar toto yang amani penah gunakan untuk tido.
  • Vacum umah dan segala habuk yang bermaharajalela. Taik cicak yang gile banyak kat umah ni pon saya vacum gak.huhu
  • Mop lantai ngan dettol
  • Lap tingkap ngan dettol
  • Lap segala perabot dengan dettol
  • Cuci sarung bantal dan cadar
  • Ganti cadar dan sarung bantal lain
  • Basuh mainan amani ngan dettol
Lepas dah mengemas cik senah pon pengsan...hehe..penat...hihi..tapi puas hati...sebab setakat ni amani dah tak kene gegata lagi :)


Tuesday, April 24, 2012

Amani dijankiti HFMD

Amani warded lebih kurang 3 pagi kat Hospital Penawar selepas disahkan dijangkiti HFMD.
Ya Allah...sunggu besar dugaan yang ditanggung oleh anakku Amani.
Memang tak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung budak sekecil Amani.
Tapi saya yakin..semua yang berlaku ada hikmahnya...

Rupe2nya bintik2 air di tapak dan celah tangan kaki merupakan simptom2 HFMD.
Sungguh ibu tak tau Amani dijangkiti HFMD.
Sebab ibu tak nampak pon ulser di bibir ngan lidah Amani.
Rupe2nya ulser tu penuh kat tekak ngan lelangit Amani.
Ya Allah...sembuhkanlah Amani...

Saturday, April 14, 2012

Dah start koje balik dah!

Minggu ni saya dah start bekoje balik.
Aiya..manyak tensi woo..rasa macam kejap je cuti 3 bulan.
2nd day masuk keje je, dah kene attend 2 meeting..(bunyi macam sibuk jekkkk)
Isu paling membosankan dalam meeting ADALAH untuk mengupdate boss pasal website.
Dari masa mengandung sampailah naik koje balik ni tak sudah2 kene update website.
Hari Jumaat pon ada meeting.
Meeting, meeting dan meeting lagi.
Tau jelah....cik senah ni tak suka meeting.
Dulu masa kat ofis lama saya hanya menjadi pak pacak je atau dalam erti kata lain tak masuk meeting pon xpe.
Maklumlah orang tak penting...sebab bos2 ada boleh tolong menjawab..:P
Bunyi macam bz mengalahkan wakil rakyat....KELAS KO JAH!!
Pastu bos bagitau nak anto saya attend kursus JOOMLA pulak.
Ok bos..saya pegi...demi mencapai website 5 bintang.... :P
Poyo!!!hehe
Dan rabu depan pulak kene terbang ke Sarawak pulak.
Sebab ada meeting LAGI!!
Mulalah terbayang dalam kepala ni...kenapa cuti bersalin 3 bulan je..bukan 30 BULAN...muehehehe...

Tuesday, April 10, 2012

Puting Ortodontik Fiffy jugak jadi pilihan Alya

Semalam masa amik budak2 kat taska, saya telah dikejutkan dengan perkhabaran yang sangat2 menggembirakan.
Alya dah nak minum susu guna botol dah.
Memang salute lah ngan pengasuh2 kat taska sebab sangat2 sabar melayan karenah Alya.
Sekarang Alya guna puting ortodontik brand Fiffy pulak macam gambar kat bawah ni..
Puting ni leper dan pendek..
Tapi tak kisahlah...asalkan Alya nak minum susu.
Puting mahal ke murah tak jadi persoalan.
Syukran Ya Allah...
credit to google

Wednesday, April 4, 2012

BE pertama tahun 2012


Yeay..BE pertama di tahun 2012 dari Nuffnang. Tanx Nuffnang.. :)

Alya tak nak pakai botol lah pulak

credit to google-botol Alya kaler purple.nak belikan kaler pink dah habis masa tu... :(

Aiyaa..minggu ni memang minggu yang memeningkan kepala.
Alya taknak minum EBM guna botol lah pulak.
Sebelum ni Alya ok je minum pakai botol MAM sepanjang hampir 3 minggu kat taska.
Ish...bertuah betul dak Alya ni...

Alkisahnya...minggu lepas 4 hari saya tak hantar Alya kat taska.
Sebabnya dia selsema dan batuk.
Saya sian pulak tengok keadaan dia ngan hidung tersumbat.
Kalau kat umah leh gak saya sedut hingus dia guna mulut.
Lega sikit dia nak bernafas.
Tau2 jelah kan kalau duduk umah, confirm lah Alya nak direct feed je ngan saya.
So sepanjang 4 hari tu xdelah Alya guna botol.

Bila saya hantar si kecik tu balik kat  taska, langsung Alya tak nak pakai botol.
Aiyayaya...peninglah cikgu2 kat taska nak memujuk si Alya minum susu.
Kesudahannya sepanjang minggu ni terbuang stok susu yang saya bekalkan untuk dia kat taska.
Sedihnyaaaaa....
Apelagi, bila sampai umah Alya akan nyusu sampai puas2.
Sampai saya pulak tertido2 masa menyusukan dia.

Kagum betul dengan ketahanan si kecik menahan lapar.
1st time nak ajar si kecik minum guna feeding botol, dia amik masa 4 hari untuk sesuaikan diri ngan puting baru.
Walaupun gitu, berat Alya tetap naik bagaikan dipam2.
Berat dia sekarang ni je dah 6.4kg.
Dah pakai petpet saiz M.
Sama ngan kakak Amani dia.

Hopefully harini dia nak pakai botol balik.
Isnin ni ibu dah nak naik keje...huhu.

Tuesday, April 3, 2012

Renungan

credit to google


Tengah-tengah dok fb tadi terbaca something fb Ustaz Don Daniyal.Jom kita renung-renungkan bersama kata-kata dibawah yang saya copy sebijik-sebijik dari fb beliau...

‎"Jika gaji kita RM 5,000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20,000, Allah SWT akan berikan beza 
RM 15,000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

Jika gaji kita RM 5,000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2,000, beza RM 3,000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "GIve more" kan.. Firman Allah SWT dalam Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..

Sama2 kita berusaha dan berjaya dunia akhirat. Amin~ dipetik dari Prof Dr Muhaya

Monday, April 2, 2012

Amani comel



Shaye sekarang dah semakin membesar...
Shaye dah pandai cakap walaupun pelat.
Gambar-gambar kat bawah ni ibu shaye yang tangkap.
Credit to ibu shaye...
Jom layan gambar-gambar shaye ye..

shaye tengah tengok tivi...

tengoklah gigi bawah shaye

shaye memang suka memanjat

kawan ayah cakap gambar yang ni ikut muka ayah shaye

nengok tivi

bermain cak cak  bersama ibu di belakang buai shaye

ibu stop amik gambar shaye jap...shaye tak ready lagi..

ibu cakap shaye comel

ibu shaye paling suka gambar ni :)

ibu cakap shaye comel dan comel