Kemudahan di Kembara Homestay

Wednesday, April 4, 2012

Alya tak nak pakai botol lah pulak

credit to google-botol Alya kaler purple.nak belikan kaler pink dah habis masa tu... :(

Aiyaa..minggu ni memang minggu yang memeningkan kepala.
Alya taknak minum EBM guna botol lah pulak.
Sebelum ni Alya ok je minum pakai botol MAM sepanjang hampir 3 minggu kat taska.
Ish...bertuah betul dak Alya ni...

Alkisahnya...minggu lepas 4 hari saya tak hantar Alya kat taska.
Sebabnya dia selsema dan batuk.
Saya sian pulak tengok keadaan dia ngan hidung tersumbat.
Kalau kat umah leh gak saya sedut hingus dia guna mulut.
Lega sikit dia nak bernafas.
Tau2 jelah kan kalau duduk umah, confirm lah Alya nak direct feed je ngan saya.
So sepanjang 4 hari tu xdelah Alya guna botol.

Bila saya hantar si kecik tu balik kat  taska, langsung Alya tak nak pakai botol.
Aiyayaya...peninglah cikgu2 kat taska nak memujuk si Alya minum susu.
Kesudahannya sepanjang minggu ni terbuang stok susu yang saya bekalkan untuk dia kat taska.
Sedihnyaaaaa....
Apelagi, bila sampai umah Alya akan nyusu sampai puas2.
Sampai saya pulak tertido2 masa menyusukan dia.

Kagum betul dengan ketahanan si kecik menahan lapar.
1st time nak ajar si kecik minum guna feeding botol, dia amik masa 4 hari untuk sesuaikan diri ngan puting baru.
Walaupun gitu, berat Alya tetap naik bagaikan dipam2.
Berat dia sekarang ni je dah 6.4kg.
Dah pakai petpet saiz M.
Sama ngan kakak Amani dia.

Hopefully harini dia nak pakai botol balik.
Isnin ni ibu dah nak naik keje...huhu.

2 comments:

  1. anak kak ad si adam pun dulu sama kes...tak nak botol....susah gak....akak masa tu memang jiwa kacau....sian kat dia...sanggup berlapar.....skg ni alhamdulillah....dah tak kisah dah...walaupun bukan puting MAM pun dia ok

    ReplyDelete
  2. susah hati kan nak gi keje lak tu...
    harapnyer okler sekarang...

    ReplyDelete