Kemudahan di Kembara Homestay

Tuesday, October 25, 2011

Amani dah pandai jalan dah..

Salam readers.
Sejak akhir-akhir ni saya rasa macam takde idea untuk membuat sebarang entry kat blog saya.
Mungkin disebabkan sejak dua menjak ni saya sedikit terganggu dengan kerja-kerja kat ofis.
Semalam saya dapat MC lagi sebab tekanan darah saya naik sikit.
Mungkin disebabkan stress kerja kot.
Patutlah pagi semalam saya pening semacam je.
Mujur saya dapat MC, dapat lah berehat kat umah dan menenangkan fikiran.

Sabtu lepas saya balik KL lagi bersama suami untuk bertemu cinta hati.
Kebetulan!! Kami balik amani boleh berjalan.
22/10/2011 tarikh yang saya akan ingati sampai bila-bila kerana itu merupakan hari pertama cinta hati kami suami isteri boleh berjalan dengan sendirinya.
Setelah setahun 2 bulan 10 hari...alhamdulillah...syukur ke hadrat mu ya Allah.

Esoknya kami bawak amani, nenek dan atuknya jalan-jalan kat jusco equine park.
Seronok tengok amani berjalan-jalan sambil dipimpin ayah dia.

Petang ahad tu kami gerak balik ke johor.
Menangis amani bila saya dan ayah dia tinggalkan dia.
Memang tak sanggup tengok dia nangis dari dalam kereta.
Walaupun jasad kita jauh dari satu sama lain, tapi hati amani sentiasa dekat dengan ibu.
Ibu dan ayah akan sentiasa mendoakan mu ...


No comments:

Post a Comment