Kemudahan di Kembara Homestay

Monday, August 8, 2011

Puasa hari ke 8

Harini saya dah dapat rasa baby dalam perut bergerak-gerak.
Slow je baby gerak.
Macam tau-tau aje isnin depan nak kene scan.
Kalau baby boy mungkin dah boleh nampak agaknye jantina dia kan?
Tunggu dan lihat je nanti.

Alhamdulillah dah masuk hari ke 8 kita berpuasa.
Setakat ni puasa saya masih cukup lagi even pagi kelmarin kami suami ister termiss waktu sahur sebab lupe set jam....:(
Semalam memang hari mencabar jugak.
Saya dan suami pegi cari baju raye.
Letih tu memang toksah cakap.
Saya ni macam dah lari pecut 100 meter je.
Tercungap-cungap cari baju raya.
Sampaikan orang kedai tanya saya penat ke kak?
Haha....mungkin dorang tak sangka saya tengah pregnant kot sebab perut saya masih kocik lagi.

Semalam pon kami berbuka pose kat luar je.
Sangat tak larat nak masak kat umah.

Tapi hari ni saya nak masak special sikit.
Nak masak bayam goreng dengan ikan kembung masak taucu.
Fuh..memang resipi terbaik dari ladang.

Oh lupe nak kabo.
Sabtu lepas suami saya menolong saya masak-masak kat dapur.
saya masak kari daging.
Nak tau dia masak ape?
Dia masak buah melaka @ onde-onde.
Terer tau....sedap pon sedap....kalah buah melaka kat bazar.

Korang bukak pose ape petang kang?

No comments:

Post a Comment