Kemudahan di Kembara Homestay

Friday, August 12, 2011

Selamat Hari Lahir Amani sayang

Harini merupakan hari paling istimewa dan hari paling bersejarah buat saya dan hubby.
Pada 12 Ogos 2011 bersamaan 2 Ramadhan 1431H pukul 614 petang lahirlah seorang bayi perempuan seberat 3.41kg di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang pertama buat Shafiyyah Amani Binti Shaiful Nizam.

Genap setahun kelahiran puteri sulung kami.
Masih saya ingat lagi saat kelahiran anakanda sulung saya.
11 Ogos 2010 saya telah ditemani oleh mak saya untuk checkup di PPUKM sebagai pemeriksaan kali pertama di hospital tersebut kerana saya bercadang untuk bersalin di situ.
Kalau ikut estimate due date saya 28 Ogos 2010.
Ini bermakna Amani telah lahir 16 hari awal dari tarikh sepatutnya.

So masa jumpe doc dia nasihatlah saya, pastikan ada orang kat rumah kerana tarikh bersalin dah dekat.
Doc ada tanya jugak pada saya selalu tak contraction.
Saya dengan jujurnya cakap dalam sejam adalah rasa 2 3 kali.
Dan tanpa disangka-sangka doc suh saya baring kat bed untuk check laluan dah bukak bape cm.
Uwaaa....doc tu lelaki.
Dahla masa doc tu seluk ada beberapa orang doc pelatih tengok..(mujur perempuan)
Uwaaa...lagilah berdouble-double malu...hahaha.
Hasil keputusannya doc tahan saya kat hospital sebab katanya laluan dah bukak 2 cm.
Rasa macam tak caya pon ada.
Sebab saya langsung takde rasa nak bersalin pon masa tu.
Air ketuban pon tak pecah lagi.

Orang pertama yang saya call pastu adalah suami saya.
Masa tu kami tinggal asing..dia kat Johor, saya kat KL.
So lepas tu lekas-lekas encik suami gerak ke KL.
Mak saya pulak call abah saya suh bawak beg saya dan beg baby.
Kelam kabut sungguh masa tu.
So selepas menunggu beberapa minit, nurse pon suh saya dok atas wheel chair.
Saya ditolak masuk ke dalam wad.
Ish...haha...rasa macam excited pulak masuk wad ni sebab tengok mak-mak baby dah bersalin.
Adik-adik saya dan adik ipar saya (ketika itu pon tengah pregnant) turut melawat saya.
Rasa terharu pon ada :)

So lepas berbuka puasa hubby datang melawat saya kat hospital.
Barulah saya rasa bersemangat sikit.
Saya langsung takde tanda-tanda nak bersalin.
Pelik betul doc ni, orang tak sakit apesal tahan kat hospital pulak.
Dahlah saya tak sempat langsung jumpe member-member kat ofis untuk menurunkan segaka kerja-kerja kat dorang.
Memang terkejut beruk lah semua orang bila dapat tau saya dah kene warded...hahaha.

So sebelum tdo tu misi bgtau dalam beberapa jam sekali dorang akan datang untuk check heart beat baby dan check bukaan dah bape cm.
Memang saya tak dapat tdo nyenyak langsung malam tu.

So sok pagi kul 6 pagi asya dah bangun.
Kul 630 pagi saya dah ready untuk mandi sebab mak pesan suh mandi awal.
Nanti pagi doc nak datang check.
Sekali betul, lepas breakfast je doc bagitau air ketuban akan dipecahkan.
Masa tu baru bukak dalam 3 cm.
So doc jangka saya akan bersalin selewat-lewatnya petang tu.
Kalau tak, kene ceaser.
Adeh doc ni, macam mane saya nak bersalin.
Sakit pon takde rasa lagi ni...hehe.

So lepas air ketuba dipecahkan, saya kene tolak masuk pegi satu wad khas pulak.
Tak tau nama wad tu ape.
Doc masa tu bagi choice pada saya sama ada nak epidhural ke tak.
So, setelah mengambil kira pengalaman kawan2 yang pernah bersalin, saya sign untuk amik epidhural.
Sebelum doc bagi saya epi, misi bagi ubat berak dulu.
Tak sampai seminit makan ubat tu abis semua isi perut kuar.
Lepas tu saya memang tak boleh makan langsung dan hanya beleh minum air je...huhu

Lepas tu saya tido..saya hanya bangun bila doc nak check bukaan je.
Dalam pukul 2 petang saya terbangun.
Saya cakap kat nurse saya rasa nak terberak.
Nurse check jalan buka dah 9cm.
So doc stop epi pada saya supaya rasa kebas hilang dan biar contarction tu rasa.
Nurse suh saya call suami bagitau datang hospital sekarang sebab saya dah nak bersalin.
Nasiblah jarak hospital ngan umah dalam 15 minit je.

Dalam pukul 3 petang saya ditolak masuk ke labour room.
Tak lama kemudian suami datang temankan saya.
Saya dah mula rasa contraction.
Sakitnye hanya tuhan je tau.
Tak pernah rasa sakit macam ni seumur hidup.
Masa tu saya hanya pikir antara hidup dan mati je.
Dalam pukul 530 saya dah mula ras anak terberak.
Doc suh saya push.
Saya tak reti push...push je baby masuk balik :P
Masa tengah sakit bersalin tu boleh pulak saya belajar dari nurse cara nak push :P
Haus tu memang toksah nak cite.
Sempat lagi tu saya mintak suami suh amik kan air kosong atas meja.hahaha
Saya cakap kat misi saya haus...bengang je dorang...hahaha

Dalam pukul 6 baby masih tak kuar lagi.
Saya pon dah kehabisan tenaga nak push.
Tetiba sorang doc laki ni kuarkan alat-alat besi.
Dah macam alat bertukang saya tengok.
Dia bagi masa 1/2 jam pada saya, kalau saya tak nak kuarkan baby jugak dia akan guna cara forceps.
Lepas doc cakap je macam tu terus saya push sekuat hati...sampaikan doc2 yang ada dalam tu (lebih kurang 5 orang) tolong bagi semangat pada saya.
So dalam pukul 614 petang, lahirlah baby saya.
Rasa gembira sangat-sangat bila nurse letak baby kat atas perut saya.
Hilang semua sakit...terus saya mintak air suam pada suami :P
Saya telah berjaya bersalin setelah merasa contraction selama hampir 3 jam dan push untuk kuarkan amani lebih kurang 44 minit.

Macam tak percaya pulak saya boleh kuarkan baby 3.41 kg kalau dibandingkan dengan fizikal saya yang kecik ni :)

bersambung....

1 comment:

  1. happy birthday amani..

    nih baru kak gha leh baca detik2 bersalin awak.. hehehe.. amani dh setahun pon..:)

    ReplyDelete