Kemudahan di Kembara Homestay

Wednesday, August 10, 2011

Puasa hari ke 10

Alhamdulillah..dah masuk hari ke 10 kita berpuasa.
Harini saya nak masak sotong goreng tepung atas request encik suami+sup daging+bayam goreng.
Bulan pose ni rasa macam best sangat sebab encik suami rajin membantu saya masak-masak kat dapur.
Walaupun letih nak masak saya rasa bersemangat bila dia ada kat dapur.
Rasa diri amat disayangi :P

Semalam pon dia tolong saya masak sayur bayam goreng dengan ikan kembung asam pedas.
Terharu tau....kalau dia terbacalah blog saya ni, saya nak cakap kat dia saya sangat-sangat berterima kasih..hehe

Dalam keadaan saya yang tengah berbadan dua ni, saya dah tak lincah kat dapur...hihi

Petang ni lepas balik keje saya akan singgah kat bazar dulu untuk beli air feberet encik suami, air honew dew.
Saya pulak nak beli air mata kucing.
Itu sahaja. Yang lain-lain saya memang tak beli.

Harini saya dikejutkan dengan berita isteri kepada kawan suami saya gugur buat kali kedua.
Saliana namanya. Minggu ni kalau ikutkan dia dah masuk 13 minggu.
Saya tak tau nak cakap ape pada dia.
Cuma yang saya boleh cakap harap-harap dia banyak bersabar atas ujian Allah.
Sebagai seorang ibu, saya faham perasaan dia.
Semoga Allah tabahkan hati beliau.

No comments:

Post a Comment