Kemudahan di Kembara Homestay

Thursday, August 25, 2011

Puasa hari ke 25

Alhamdulillah...harini genap 25 hari kita berpuasa.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah.
Semalam saya dan my mum buat operasi kuih raye.
Biskut chocolate chip ala famous amous.
Pergh..nampak cam sedap je bunyinye.
Alhamdulillah..nampak macam biskut tu menjadi :)

Ni semua gara-gara encik suami lah ni.
Sanggup dia cari resipi biskut ni semata-mata nak suruh saya buat.
Macam dia pulak yang mengidam kan?
Saya pun bila encik suami duk sebut nak makan biskut tu terus ngidam.
Ngidam nak makan biskut buatan sendiri pulak tu.
Padanhal tak pnah pun buat biskut ni sebelum ni.

Resipi ni encik suami dapat dari usaha nya menggoogling....
Credit tu http://erynejasmine.fotopages.com/?entry=1308434 sebab sudi berkongsi resipi biskut ni.
Sedap bangat.
Jom kita layan resipi biskut chocolate chips ala famous amous bawah ni.

CHOCOLATE CHIPS ALA FAMOUS AMOUS


Bahan-bahan:
1 cawan butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel)
1 s/k vanilla

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.


Buat pengetahuan semua, adunan yang akan terhasil nanti lembik sikit.
So memang kita tak leh nak bentukkan dia pakai tangan.
Kene sudukan dia menggunakan sudu kecil ke dalam loyang dalam jarak 1.5 cm.
Ini kerana adunan ini akan mengembang sedikit bila dibakar.
So untuk mendapatkan bentuk yang comel-comel kenelah sudukan dia menggunakan sudu kecil.
Kalau anda menggunakan sudu besar, confirm biskut tu akan jadi besar mcm biskut chipsmore.
Dan hasilnya saya telah berjaya mendapat 3 balang kecik biskut ni.
Cubalah...sedap...:)

3 comments:

  1. wahhh..bestnye..sempat ag kak asma buat ye..sy sume tunjuk je..ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  2. rajinnya :) kak eliss tunjuk2 ajer..abes 200..mak aihh..maklumlah mak lagi , mertua lagi..sadis

    ReplyDelete