Kemudahan di Kembara Homestay

Thursday, March 15, 2012

Puting Nuby

credit to google-botol susu Nuby

Semalam saya dan suami bawak Alya pegi Hospital Kota Tinggi(HKT) untuk follow up dengan Paed sebab reading jaundis dia penah mencapai 20.
Sebelum ni Alya penah warded kat HKT 3 hari 2 malam.
Sedih tengok Alya kene jemur bawah lampu biru masa tu :(
So, HKT setkan appointment jumpe paed semalam untuk check perkembangan Alya.
Untuk mengetahui bahaya jaundis terhadap perkembangan bayi anda, sila rujuk website ini ya :)

So far paed bagitau perkembangan Alya ok.
Bulan 9 ni paed setkan satu lagi appointment untuk check sekali lagi perkembangan Alya.
Hopefully takde apelah...

Semalam sebelum balik umah sempatlah ajak suami singgah cari botol susu baru untuk Alya.
Disebabkan Kota Tinggi tak banyak kedai baby dan suami pulak kesuntukan masa (suami nak pegi keje balik  pukul 12.30tghari), saya ajak suami pegi kedai Anakku aje.
Jarak dari umah saya ke Kota Tinggi makan masa lebih kurang 45 minit...jauh jugak kan?
Mujur ada jual puting Nuby (sila rujuk pic kat atas) kat kedai Anakku.
Harga boleh tahan...kalau tak caya cuba googling...tapi itu tak penting.
Yang penting Alya nak minum guna puting tu.

So semalam sampai je umah cepat-cepat siapkan barang Alya untuk dibawa ke nursery.
Rendam botol baru dengan air panas dulu.

Pukul 430 petang amik Alya kat taska.
Cikgu bagitau esok bawak EBM lebih sikit sebab takut tak cukup.
Cikgu kata Alya dah mula terima puting Nuby.
So dia suh teruskan dulu ajar Alya guna puting tu.
Lega saya...:)





4 comments:

  1. amani masih tinggalkan dengan emak ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dah...tggl ngan saya...dia pon saya nak start anta taska next week...mggu ni kasi dia bersuka ria dulu...hehe

      Delete
  2. Alhamdulillah.. harga x kesah.. janji anak nak minum susu pakai botol.. senang hati sikit nak masuk keje kan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak gha...ni nak tgk pulak harini dia dapat abiskan berapa botol susu guna puting baru...

      Delete