Kemudahan di Kembara Homestay

Sunday, December 29, 2013

Insaf dengan keadaan laut musim tengkujuh

Petang semalam aku dan husband membawa anak² keluar besiar-siar mengambil angin petang.
Bila anak2 ni dah pandai berkata-kata haruslah setiap hari keluar ayat penyata dari mereka "Ibu..jom pegi kedai ceria.." (Kedai Ceria tu kedai kesukaan anak2 gue kat Bandar Penawar..jadilahkan..nak g Jusco jauh nak oi..)tak pun "Ibu jom pegi jalan2"..
Memandangkan kami suami isteri suami yang bekerjaya 8-5, maka haruslah dipatuhi permintaan anak2.
Yelah..kesian ko...Isnin-Jumaat, 8.00-5.00 diorang kat taska.
Masa mereka bersama kami cuma Sabtu Ahad je.
So dua hari tu ajelah yang ada untuk menghabiskan masa berharga bersama Amani dan Alya

Petang tu kami meronda sekitar Pantai Batu Layar di area Desaru ni jugak.
Maklumlah rumah dekat ngan pantai..jalan ke pantai jelah kojenya.


Hajatnye nak ajak anak2 main pasir, tapi kau...seram aku nengok keadaan laut semalam.
Memang taklah aku nak bagi anak2 bermain pasir bagai.
Anak2 aku yang tengok laut pon terdiam je.
Mungkin terkesima kot...(anak aku pun pandai terkesima yaww)
Kami lepak kat belakang bonet kereta je.
Mungkin mereka hairan sebelum ni lautnya tenang, tapi bila mereka datang kali ni dah berombak kuat.
Bagi aku ombak musim tengkujuh ni dah cukup kuat.
Bunyi ombak tu seolah-olah mengingatkan aku pada kejadian tsunami di Banda Acheh.
Kalau realitinya macam manelah keadaan ombak tsunami kat Banda Acheh tu agaknya.

Kat bawah ni aku letakkan beberapa gambar dan video.
Harapnya kalau ada yang dah tengok gambar dan video laut musim tengkujuh ni silalah insaf oi dan jangan mengada2 nak plan bawak anak isteri mandi2 kat pantai.
Hairan jugak aku dengan kekebalan dan keselambaan mak bapak bawak anak2 mandi laut musim2 camni.
Ko tak risau ke?
Haih lah mak bapak..kalau sayang anak tu cuba bawak jalan2 kat tempat lain.
Ataupun tangguhkan dulu aktiviti mandi pantai musim2 ni.


Kalau boleh pergi air terjun pon cuba elakkan.
Yelah ..sejak dua menjak ni orang asik cakap pasal kepala air je.
Tunggulah musim tengkujuh ni habis baru lah lenjan mandi laut/air terjun puas2.
Peace yaww...Assalamualaikum.








No comments:

Post a Comment