Kemudahan di Kembara Homestay

Sunday, December 8, 2013

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke4 !

Nampak itu foto di atas? Tu dia...gambar me and husband after nikah. Kaku gila kau bergambar.
Photographer aku tu mesti tension nak menyettlekan kekakuan dan kekejangan aku laki bini.
Photographer asik dok nyakat je..asal lah korang berdua ni malu2 sangat?
Bila dah asik kene nyakat camtu aku laki bini lagilah bertambah kejung dan kaku.
Kalau ada anugerah laki bini kejung masa sesi bergambar pastilah gelaran tersebut aku laki bini menang.
Haha...Bila ingat-ingat balik aku laki  bini mesti gelak2 dengan sifat malu2 yang menebal macam dinding bilik kebal masa sesi gambar kawin kami.
Kalau suh ulang balik sesi gambar ni...sumpah aku cakap memang taklah aku nak posing2 balik camni.
Cramp mulut, pipi,mata nak control jelita depan kamera..
Tak sanggup dah...

CERITA SEBELUM KAWIN...
Ko bayang kanlah...me n hubby masa sebelum kawin boleh kira dalam setahun bape kali jumpe (in fact masa bercinta kami tak penah tengok wayang sama2 sampailah dah ada anak 2 ni).
Cinta jarak jauh tika itu...Aku bekerja di Penang/KL, husband pulak keje di Johor.
Dahlah tiap kali nak jumpe tu malu2...
Haish lah...entry ni banyak benar perkataan malu...haha

Diam tak diam dah masuk tahun keempat kami mendirikan mahligai indah bersama dengan dihiasi telatah comel puteri-puteri kami Amani dan Alya. (Suara ibu kamu ni dah berubah menjadi suara tarzan sejak jadi ibu ni kamu tahu?)
Abang, sekiranya terbaca blog isteri mu ini, diriku ingin menyatakan yang diriku bahagia bersamamu.

I LAP U ABANG!



 

No comments:

Post a Comment