Kemudahan di Kembara Homestay

Wednesday, July 16, 2014

Setem dan Filateli Pos Malaysia

Assalamualaikum,

Entry ini adalah kesinambungan dari entry aku sebelum ini yang berkisar tentang hobi mengumpul setem.
So, macam mane nak tambahkan koleksi setem yang ada dalam koleksi korang?
Zaman sekarang ni zaman paperless, semua surat kebanyakannye dah diganti dengan e-mel.
Kad raya pon dah berkurun aku tak terima.
Semua pakai SMS or media sosial je macam aku.
Lepas tu bertambah kecewa kalau surat yang korang tunggu kat rumah tu takde setem...
Ada cop mohor macam gambar kat bawah ni..
(Aku yang tukang upload gambar ni pon tumpang stress)

source from google
Meh aku tolong korang tambah koleksi.
Korang tau tak Pos Malaysia ada buat perkhidmatan menjual setem yang dikeluarkan sempena peristiwa tertentu?
Nah baca ini...
Sumber daripada laman web Pos Malaysia.

Bahan-bahan filateli merupakan barangan yang laris. Lazimnya, seseorang peminat setem akan membeli lebih daripada satu kuantiti setiap satu bahan. Begitu laris, produk-produk ini cepat menjadi rebutan, terutama sekali sampul-sampul surat Hari Pertama yang hanya dijual pada hari yang dikeluarkan. Bagi bahan-bahan filateli yang lain, ia dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad dan hanya boleh diperolehi sementara stok masih ada.
Mereka yang beratur juga biasanya dalam barisan yang panjang.
Untuk mengelak segala masalah dan kekecewaan kerana gagal memperolehi apa yang amat diinginkan, Biro Filateli menawarkan 2 pilihan kepada para pengumpul setem:

  • Akaun Pesanan Tetap (SODA)
    Dengan SODA, seseorang pelanggan boleh membuka satu akaun dengan pendahuluan simpanan sebanyak RM 50 (USD$13) dan menerima bahan-bahan filateli secara tetap. Pemegang akaun berkenaan akan menerima setiap bahan yang dipesan untuk setiap keluaran setem peringatan atau setem bayaran pos keluaran khas atau apa jua bahan tanpa arahan lanjut. Jumlah kos bahan-bahan yang dipesan untuk setiap keluaran bagi setiap perintah arahan akan ditolak daripada akaun itu dan satu penyata akaun dihantar kepada pemegang akaun bersama dengan pesanan.
  • Pembelian Secara Dalam Talian (www.postme.com.my)
    PostMe.com.my ialah peruncitan secara dalam talian yang disediakan oleh Pos Malaysia Berhad dengan tujuan sasarannya adalah pembeli-pembeli dalam talian. Para pelanggan dapat membuat pembelian untuk keluaran semasa atau keluaran lama yang masih ada ditawarkan.
So bagi yang tak suka menunggu surat kat rumah dan beratur panjang kat pejabat pos cara ni lah yang paling sesuai sekali.
Just daftar...topup akaun SODA korang minimum RM50.
Then tunggu Pos Malaysia pos setem kat umah korang.

Jumpe lagi next entry macam mane nak daftar akaun SODA :)
 

No comments:

Post a Comment