Kemudahan di Kembara Homestay

Tuesday, January 20, 2015

Di kala usia kandunganku mencecah 8 bulan...

Assalamualaikum kepada yang sudi singgah blog saya.
Memang lama saya tak update blog ni sejak saya berpindah dan bermastautin di KL.
Rasa macam nak taip entry berkenaan setem (sambungan dari entry sebelum ni)..tapi takde idea pulak.

So biarlah saya ceritakan perkembangan yang berlaku sepanjang saya tak update blog ni.
Alhamdulillah...permohonan saya untuk transfer ke Putrajaya dimakbulkan Allah.
Dalam dua bulan setengah je proses permohonan.Memang cepat dan dipermudakkan sangat2.
Kalau difikirk2kan sayang juga nak tinggalkan Bandar Penawar sebab kami dah beli umah sendiri...dan sempat duduk tak sampai 5 bulan rasanya.
Tapi bila difikirk2kan balik mungkin rezeki kami sekeluarga dah ditetapkan di KL.
Dan saya pula jenis tak sanggup lagi merasai pengalaman berjauhan dengan suami yang saya pernah rasa semasa mengandungkan Amani.
So rumah yang kami beli di Bandar Penawar kami cadang nak jadikan Homestay :)

Tahun 2014 merupakan tahun yang penuh rezeki bagi kami kerana kami dapat kunci rumah baru, suami dapat kerja yang kebih baik, saya dapat transfer kerja di Putrajaya dan yang paling seronok saya telah hamil anak ke3 dan insyaallah dijangka bersalin 13 Mac 2015.

Kehamilan kali ni agak best sebab saya langsung tak mabuk dan paling penting jarang MC or EL.
Cuma agak penat sikit sebab letih drive berulang alik dari Sungai Besi ke Putrajaya.
Sekarang ni tengah duk revise balik ilmu breastfeeding yang telah lama saya tinggalkan semasa breastfeedkan Alya.
Memang tengah simpan azam nak ulang kejayaan menyusukan Alya sampai dia umur 2 tahun lebih.
Doakan ye kawan-kawan.

Oklah...dah nak habis waktu lunch..lepas ni sambung keje....Jumpe lagi next entry...


 

No comments:

Post a Comment