Kemudahan di Kembara Homestay

Wednesday, January 28, 2015

Di kala usia kandunganku 34 minggu

Assalamualaikum kepada pembaca blog aku.
Aku baru je lepas makan nasik ayam.
Korang pulak makan ape for lunch?

Isnin lepas macam biasa..checkup di KKIA Salak Selatan.
Berat ok..HB ok..blood pressure ok..Urine ok..Pendek kata semua ok.
Then doctor scan nak tengok keadaan baby.
Ayat yang paling aku suka yang terkeluar dari mulut doc "Lelaki ni..nampak jelas ni..Memang lelaki eh awak scan"
" Ye kot doc..saya dah 3 kali scan ni doc cakap lelaki..ye kot lekaki"
Haha...tapi aku ok je..lelaki ke perempuan aku tak kisah.
Tapi kalau dapat lelaki alhamdulillah sebab aku dah ada dua 2 anak dara yang comel.

Kepala baby dah ke bawah kata doc.
Uri pon ok..air ketuban pon ok.
Doc bagi pulak lepas tu surat booking hospital.
Kata doc dan nurse, aku dah lewat sangat booking hospital..dia surih pegi petang tu jugak.
Aku kata tak sempat.
Aku inform doc nak pegi esok pagi.

So Selasa lepas pepagi dalam pukul 8 aku dan suami gerak dari rumah ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk booking hospital.
Ala..ghupe2nya boleh je booking ..tak penuh pon..
Maybe sebab PPUKM semi gomen.
Untuk orang yang bukan keje gomen kene bayar..kadar bayaran mahal sikit dari hospital gomen.
Satu luck bagi aku sebab masuk hospital free memandangkan aku dah nak masuk 7 tahun keje gomen.

11/2 nanti kene datang PPUKM appointment ngan doc pulak.
Almaklumlah sebelum ni aku telah berpengalaman melahirkan baby2 yang besar..
Amani lahir 3.41kg..Alya 4.04kg..
Se kene ada pemantauan lebih dari doc.
Masa tu aku kandungan dah pun genap 9 bulan.
Seram pulak sebab teringat masa nak bersalinkan Amani.
Aku datang checkup je padanhal.
Nengok2 kene tahan dan esok harinya bersalin.
Sebab ape tau...mulut aku ni gatal pegi cakap kat doc..saya selalu rasa sakit mcm nak bersalin.
Doc terus seluk tengok2 dah bukak 2 cm.
Padanhal false alarm je..aku yang gatal g cakap doc macam tu..

Jumpe lagi next entry...daaa...

No comments:

Post a Comment