Kemudahan di Kembara Homestay

Wednesday, March 11, 2015

Di kala usia kandunganku 39 minggu

Assalamualaikum kepada yang sudi singgah ke blog aku.
Harini genap 39 minggu 5 hari aku mengandungkan anakku yang ke3.
Insyallah kali ni aku mengandungkan baby boy :)
Pastilah suami aku orang yang paling excited sebab dah dapat geng yang boleh temankan dia main badminton dan tengok bola kat stadium.
Ramai gila dok tanya bila aku nak bersalin sebab dorg duk kesiankan aku membawak perut.
Anak2 aku sebelum ni semuanya lahir awal dari jangkaan.
Si Amani 37w, si Alya 38w.
Si adik ni aku rasa xnak kalah ngan kakak2 dia.

Pagi tadi aku checkup kat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sonographer scan berat baby aku dianggarkan 3.9kg.
Sepatutnya ikut prosedur biasa bagi ibu-ibu yang overdue, doc akan bagi tempoh seminggu.
Due aku 13 Mac 2015 bersamaan Jumaat ni,
Esok aku kena admit sebab doctor bimbang baby aku akan makin membesar dalam perut.
So doc decice akan bagi aku induce,

Aku pulak pernah mempunyai sejarah melahirkan baby kedua aku seberat 4.04kg.
Doc kata aku kemungkinan takde masalah melahirkan baby 4kg sebab sebelum ni aku dah berpengalaman melahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi.
Kalau korang tanya aku ada diabetes ke tak semasa pregnant, jawapannya adalah tidak.
Satu jawapan je aku boleh bagi korang.
Semuanya adalah perancangan Allah.

Doakan aku dipermudahkan bersalin esok ye kawan2...



No comments:

Post a Comment