Kemudahan di Kembara Homestay

Monday, September 21, 2015

Ibu beranak 3

Wah dah lama dah tak bukak blog ni.
Kali terakhir cerita pasal pregnancy aku.
Baby aku dah 6 bulan lebih dah weh..haha
Punyala lah lama.

Aku telah selamat melahirkan baby boy bernama Saiful Aiman Bin Shaiful Nizam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 12 Mac 2015 jam 8.32 malam.
Kali ni sekali lagi aku berjaya memegang title ibu yang gagah (title ni budak ofis yang bagi) kerana telah berjaya melahirkan baby seberat 4.13kg secara normal..kelas tak?
Alhamdulillah semuanya selamat sampaikan doktor2 dan nurse2 kat situ kagum sebab aku boleh melahirkan baby yang gagah tak sepadan dengan fizikal aku semuanya normal.
Kalau korang kata aku hebat, aku bukanlah manusia hebat.
Yang hebatnya adalah Allah.

Jumpa lagi di next entry ye.


No comments:

Post a Comment