Kemudahan di Kembara Homestay

Wednesday, July 13, 2011

Kelisa ku kene tahan wad lagi

Kelmarin dengan rasa excitednya saya memandu dengan dengan menggunakan enjin baru..hehe
Selepas kereta saya dioverhaul saya rasa best sangat memandu kelisa saya.
Tapi....pagi semalam saya ternampak cecair likat kat bawah kereta saya.
Bila dirasa dengan jari rupe-rupenya minyak kuar lagi.
Saya pon tak tau ape puncanya.
Petang tu jugak saya bawak kelisa saya ke bengkel.
Bila di check2 rupenya memang ada kebocoran lagi kat pengikat oil filter.
Teruk jugak enjin kereta saya...banyak betul bocornya.
Mechanic tu inform, enjin kereta saya memang dah teruk masa saya hantar kat dia.
Lepas dah turun enjin dan betulkan segala leaking yang ada, dia basuh enjin kereta saya tu.
Lepas tu dia running enjin saya dalam 3 hours.
Memang tak dapat nak trace langsung kebocoran yang ada.
So bila saya dah bawak keta saya balik umah ( dah jalan jauh), barulah leaking tu tunjuk belang.
Petang ni saya akan ambik kete saya kat bengkel.
Insyaallah pasni takde dah leaking kot.
Bila takde kete ni rasa patah kaki pulak... :P

6 comments: