Kemudahan di Kembara Homestay

Wednesday, May 29, 2013

Mari berkenalan dengan haiwan

Ha..gambar kat atas tu semua nye berlaku serentak pada hari Jumaat yang lepas.
So dengan ketidak sengajaannya dapatlah anak² saya sekali lagi melihat haiwan liar di kawasan rumah kam.
Haha.. sampai si Amani pon dah kenal dah dengan BABI setiap kali terserempak dengan haiwan ni tak kira pertemuan secara tidak sengaja depan umah kami atau ketika naik kereta.
Gambar babi kat atas tu saya tangkap dari depan rumah kami.
Memang dah tak heran dah.
Babi kat sini berkeliaran macam kambing atau ayam.
Budak² pun dah tak takut sebab haiwan ni memang tak kacau orang.
Setakat ni takde kes serangan haiwan ni ke atas manusia.

Haiwan satu lagi yang dorang dapat tengok kelawar.

Saya hairan gak apesal dia tak lari masa abah saya pindahkan kelawar ni kat pokok lengkuas.
Rupe²nya a few day later, mak bagitau kelawar ni dah mati.
Betul² mati  kat bawah pokok lengkuas tu.
Kesian..agaknye dia sakit kot.
Anak² punyalah excited dapat tengok haiwan² ni.
Dah macam zoo mini dah umah aku ni.

Pembangunan yang semakin pesat di kawasan Bandar Penawar ni kadang² membuatkan saya kesian kepada haiwan² ni.
Habis hutan semua ditebang demi membangunkan kawasan perumahan dan pelancongan di sekitar Bandar Penawar.
Alahai...

No comments:

Post a Comment