Kemudahan di Kembara Homestay

Sunday, May 12, 2013

Penang most wanted

Tiket hot seat ni adalah tajaan dari pejabat saya. Kalau nak beli sendiri memang veranganlah. Perjalanan tak sampai sejam pun dihidangkan nasik lemak+snack bagai. So saya memang tak makanlah dalam flight. Kalau saya nak teruskan jugak niat saya untuk makan dalam flight, sila kunyah laju² ye. Cititel tu nama hotel saya menginap. Kalau dok hotel, saya paling concern bab makanan because i'm food lovers. Memang makanan kat hotel ni terbaik dari ladang. Umpama berada di syurga makanan..dan sekaligus mematikan niat aku untuk diet..hihi..

Sampai je kat Penang, we all berjalan² sekitar Georgetown. Kat Penang ni ada service bas percuma. Tapi saya tak berapa sure semua bas dalam Penang ni percuma ke atas bas yang ada sign age HOP ON FREE sahaja kah yang percuma? So ape kata kita bertanya pada En. Google pasal bas ni.You all nampak tak gambar palang besi yang saya tangkap kat gambar atas tu. Itu bukan saja² tangkap ye. So motif??Itu gambar tempat duduk. Saya tangkap sebab saya suka design tempat duduk tu. Awesome!

Serius saya tak tau...Sepanjang saya duduk penang selama setahun sebelum ni saya tak tau pun kewujudan yang dipanggil "Seni Jalanan" dan "Karikatur Besi". Memang katak bawah tempurung lah aku ni. Seni jalanan yang  berupa lukisan mural kat atas tu ada yang hampir tertangal catnya. Sayang sungguh sekiranya kita semua takde inisiatif nak  menjaga hasil seni yang cantik seperti ini. Gambar kat atas tu gambar lukisan yang saya sempat kunjungi.

Ok..ini kunjungan saya ke Nasi Kandar Line Clear pulak. Sungguh saya tak sangka, kedai yang dibuka kat lorong kecik celah² kedai ni mampu menarik ramai orang untuk singgah ke sini. Hebat kan? Orang dah tak kisah dah panas ke..takde aircond ke...janji dapat makan kat sini. Makanan kat sini sedap...saya bagi 2 thumbs up! Harga pon not bad. Taklah mencekik darah. Kedai ni kata orang dibuka 24 jam.
 Antara tempat yang saya lawati ketika di Penang!

Gambar kat atas tu gambar saya pegi 5D Cinema@ 1st Avenue Penang. Kami pilih untuk merasa naik roller coaster dengan harga RM15. Harga asal RM20. So korang yang rajin tawar menawar tu jangan lepaskan peluang turunkan harga ye. Hehe...Disebabkan saya dah penah merasa naik roller coaster yang real punye, so saya taklah rasa takut pon...hahaha... Mesti tauke 5D Cinema bengang dengan statement aku ni..hihi...

Dan yang paling best, saya telah menerima kunjungan dari sahabat lama masa zaman study dulu. Siap hadiahkan 2kg jeruk kat saya. Tanx Rozi..muah..muah....hahaha..Rozi dah bermastautin kat Penang. Sanggup tu dia datang airport nak jumpe saya...So saya nak bagi anugerah BFF kepada Rozi... :)

So, kepada sesiapa yang tak penah merasa pegi Penang lagi....best wa cakap luu....

No comments:

Post a Comment