Kemudahan di Kembara Homestay

Monday, March 28, 2011

Pemandu wanita berbahaya?

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.


Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon. (sumber dipetik daripada Utusan Malaysia online)

Aku tak berapa bersetuju dengan kenyataan yang beliau utarakan..
Tak semestinya pemandu wanita je..pemandu lelaki pon ada yang memandu secara berisiko...
Aku sendiri pon pernah dihon oleh pemandu lelaki yang tak berhemah...
Macam lah jalan raya ni dia sorang je yang nak cepat...
Korang setuju tak dengan kenyataan Datuk Bung Moktar Radin?

No comments:

Post a Comment