Kemudahan di Kembara Homestay

Wednesday, May 18, 2011

Singgang ikan...

Tengahari tadi punyelah nak nye dan teringinnya aku nak makan singgang ikan...
Saya tak nak yang kedai punye sebab ada taruk ajinomoto..saya nak yang saya buat sendiri (macamlah sedap..)
Nasiblah umah dekat ngan ofis..adalah dalam 5 minit...
Oleh kerana saya ibu yang sedang mengandung maka saya kenalah memandu dengan berhemah sekali...
10 minit baru sampai umah...
Nasiblah bahan-bahan nak memasak semua ada kat umah ..ceh..macam tau-tau aje..
So dalam pukul 1.10 ptg saya pon memulakan ops memasak singgang ikan kembung..
dalam pukul 1.30 petang barulah saya makan singgang saya tu...

Bahan-bahannya:
4 ekor ikan kembung
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
2 keping asam keping
Air
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit


Cara membuat:
  1. Hiris bawang besar+bawang putih+halia..Cili hijau dan merah dibelah dua...
  2. Masukkan air dalam periuk.
  3. Kemudian masukkan bawang+cili+halia+asam keping+garam+serbuk kunyit
  4. Dah agak-agak mendidih dan sebatai semua bahan-bahan tu masukkan ikan...
  5. Tunggu sampai masak....
  6. Tadaaaa..dah siap dah resipi ni...
  7. Dalam 20 minit je boleh siap...

1 comment:

  1. T_T cm dh lame xmakan singgang ikan kembung..huarghh!! nk sikit kak!..ni le masakan pertama yg sy blaja ngan ibu dolu2 n 1st try dh berjaye sbb sng..hehee.

    ReplyDelete