Kemudahan di Kembara Homestay

Monday, June 13, 2011

Amani dah berumur 10 bulan

Semalam 12 Jun 2011, anak dara saya yang tomei menyambut hari kelahirannya yang ke 10 bulan..
Pagi tadi  masa saya call mak saya, mak saya inform amani dah mula nak belajar berdiri...
Dia dah pandai paut tangan kat kerusi, angkat kaki sebelah, pastu angkat kaki sebelah lagi...
Nampaknya amani terus bediri ni...dah takde merangkak-rangkak dah...
Mesti comel dia belajar berdiri...
Untuk pengetahuan semua, saya tak belikan walker untuk amani setelah terbaca artikel dari Mingguan Wanita tentang keburukan walker...
Saya nak amani belajar berdiri dan belajar berjalan dengan usahanya sendiri..
Biarlah orang kata dia lambat berjalan ke ape ke...
Cepat atau lambat bukan persoalan...
Bagi saya walker bukan penentu bayi tu berjalan cepat ke tak..
Saya nak amani belajar dari keadaan sekeliling, memerhati cara kita berjalan, dan lambat laun mereka akan cuba sendiri untuk berjalan dan memahami bahawa kaki yang mereka ada digunakan untuk berjalan...

Itu pendapat sayalah...lain orang lain pendapat kan :)
Wah...nampaknya amani sudah advance...tak sabar ibu nak jumpe amani...
Miss u damn much my baby :'(

gambar amani dengan atuk dan nenek kat tanjung belungkor

1 comment: