Kemudahan di Kembara Homestay

Wednesday, June 8, 2011

Kerete melanggar babi

Pagi tadi sewaktu saya nak pergi ke tandas, saya ternampak pakcik cleaner menyiram sebuah kereta dengan air tanah di kawasan parking kereta...
Bumper kereta tu dah tercabut saya tengok...
Pastu ramai pulak yang tengok kereta tu bermandi air tanah..
Selidik punya selidik rupe-rupenya pemandu kereta tu telah terlanggar babi masa on the way pergi keje tadi..
Horror pulak aku tengok...
Mengikut kata tuan empunya kereta tu, babi tu besar, lepas kene langgar dia lari...
Panjang umur babi tu...
Saya sendiri pon dah bape kali terserempak dengan babi melintas masa nak pegi keje dan pulang dari kerja..
Ada sekali tu relax je 4 ekor babi melintas...yang peliknya dia pandai beratur masa melintas..
Yang lead dia mungkin babi betina..yang kedua dan ketiga anak babi...dan yang paling belakang mungkin babi jantan...
Nak buat macam mane kan...di bumi ni bukan manusia je yang ada..haiwan pon ada berkongsi tempat tinggal dengan kita...
Selepas ni saya mungkin kene bawak 30km/j je kot kalau nak drive area-area sini...

credit to google

No comments:

Post a Comment