Kemudahan di Kembara Homestay

Sunday, June 12, 2011

Ikan kerapu 3 rasa

Petang tadi saya masak kerapu 3 rasa untuk dinner kami malam ni...
Tapi kami makan pukul 5 petang sebab saya dah lapar.. :P
So kali ni saya nak berkongsi resepi masakan ini...

Bahan-bahan:
Ikan kerapu
Serbuk kunyit
1 biji bawang besar dihiris halus
3 biji bawang putih dihiris halus
2 biji cili merah dihiris ikut suka anda macam mane nak hiris
1 biji tomato dipotong dadu
1 cm halia dihiris halus
Cili boh ikut pedas
Sos tomato
Sos cili
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak

Cara buat:
1.Lumur kan ikan dengan kunyit dan garam
2.Pastu goreng. Dah siap goreng angkat letak dalam pinggan lain.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng ikan, gunakan minyak tu balik untuk tumis bawang,cili, dan halia.
4.Dah agak harum bau bahan-bahan tadi, masukkan pulak cili boh, cili sos dengan cili tomato.
5.Pastu masukkan garam dengan gula sikit untuk menambah perasa.
6.Bila dah pekat sikit tutup api dan curah atas ikan tadi...
7.TADAAA..dah siap...sila rujuk picca di bawah...  :)

3 comments: