Kemudahan di Kembara Homestay

Wednesday, November 3, 2010

Ape yang ada kat Bandar Penawar?

Oleh kerana aku telah bermastautin di Bandar Penawar makanya elok jugak aku memfofularkan tempat ni pada semua...

Sape pernah dengar Bandar Penawar angkat tangan!!!

Aku rasa mungkin ada beberapa orang yang tak pernah dengar pasal Bandar Penawar...So, meh aku cite serba sedikit pasal Bandar Penawar ni kat korang.

Bandar Penawar merupakan sebuah kawasan bandar baru yang terletak di bahagian selatan negeri Johor, iaitu berkedudukan di tengah-tengah Wilayah Kecil Pengerang.Nama Bandar Penawar diambil bersempena dengan nama sebuah tanjung iaitu Tanjung Penawar , 2 km dari kawasan Bandar Penawar. Keseluruhan kawasan ini merupakan kawasan pertanian (kelapa sawit).

Kawasan Bandar Penawar mula diteroka pada tahun 1972, oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara atau singkatannya KEJORA yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 75/1972 dan Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972. Dengan keluasan 1,314.333 hektar, kawasan bandar baru Bandar Penawar ini merupakan sebahagian daripada 300,364 hektar iaitu 16% daripada keluasan Negeri Johor yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk dibangunkan di bawah KEJORA.

Sewaktu diambil alih oleh KEJORA, sebahagian besar dari kawasan ini masih diliputi oleh hutan. Namun begitu, sudah terdapat juga beberapa buah petempatan FELDA berhampiran yang telah dibina lebih awal iaitu pada akhir tahun 1960-an, seperti Felda Gugusan Air Tawar, serta beberapa perkampungan tradisional dan pekan kecil di sepanjang pantai dan Sungai Johor.
(dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Penawar)

Ape yang ada ??
  1. Berdekatan dengan Bandar Penawar ni terletaknya salsah satu tempat peranginan di negara ini..Korang penah pergi Desaru tak? Cantik tau pantai dia..
  2. Tanjung Balau (tak pernah pergi lagi)
  3. Batu Layar (tak pernah pergi lagi)
  4. Sekolah Sukan Bandar Penawar
  5. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
  6. Sekolah Menengah kebangsaan Agama Bandar Penawar
  7. Taman Tasik Penawar (tak pernah pergi lagi)
  8. Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (baru je bukak, tp blm amik student lagi)
  9. Kolej Professional MARA (sebelah ofis aku)
  10. Kolej Komuniti Bandar Penawar (ofis aku)
Itu je serba sedikit yang aku tau ..sebab aku pon baru seminggu lebih duk sini...hehe...

2 comments:

  1. rumah awak dekat ke jauh ngan kampung baru melayu majidi.. pak cik kak raa duk sana..:)

    ReplyDelete
  2. jauh kak raa..kalau dari bandar penawar ke area johor bahru 89km..dalam sejam setengah kot...huhu...

    ReplyDelete