Kemudahan di Kembara Homestay

Friday, November 26, 2010

Cherating yang indah

23 Nov-25 Nov aritu aku kene attend meeting kat The Legend Hotel Resort yang dikhaskan untuk pegawai-pegawai ICT dari semua kolej komuniti...
Ni baru 1st time aku pegi...
Kalau bukan sebab meeting tak taulah bila dapat pegi...hihi
Aku takde tangkap gambar ape pon yang membuktikan aku dah sampai ke sana...
Tak sempatlah nak posing-posing..Lenkali lah...
Nanti aku nak pujuk husband aku pegi Cherating lah..nak bawak Amani sekali tengok laut...
Jom kita zoom picca kat bawah ni...Cantikkan??

The Legend Hotel Resort


Aku pegi sana naik kenderaan jabatan..
Dari Bandar Penawar ke Cherating makan masa dalam 5 jam jugak..
Bertolak pukul 9.30 pagi...sampai dalam pukul 2.30 petang...
Kitorang ikut jalan Mersing, Rompin ...
Kat area Rompin tu ternampak lah kelibat orang asli jalan-jalan kat tepi jalan raya...
Rumah dorang comel-comel aje..
Rasa macam teruja pulak...hehe...
Seronok sebenarnya jalan-jalan tengok tempat orang ni...

Masa hari kedua kat sana sempatlah orang kat sana bawak kitorang jalan-jalan pegi Kemaman..
Dekat je rupenya Cherating dengan Kemaman..dalam 20 minutes je!!
Aku sempatlah beli keropok ikan dengan sos keropok...
Nak nyinggah kedai lain tak dapat sebab hujan lebat masa tu...

Ape-apepun aku harap jadilah meeting yang dorang nak buat kat Mukah, Sarawak tu tahun depan..
Sambil meeting, sambil jalan-jalan...
Disamping dapat naik flight free dapatlah jugak tengok negeri orang...
SARAWAK jelah satu-satunya negeri kat Malaysia yang aku tak penah pegi...
Hopefully tahun depan dapat peluang ke sana....

Ape-apepun aku nak katakan Cherating memang cantik..
Thumbs up!!!
Sesuai untuk berbulan madu mahupun bercuti bersama keluarga... :-)
Jom cuti-cuti Malaysia...

8 comments:

  1. wahhhh.. bestnya~ sewa bilik hotel mahal x??? kikiki

    ReplyDelete
  2. @|| NaFiRaa ||

    kita dapat free je kak raa...sorang2 pulak tu..xde partner pon...hihi

    kalau nak tengok harga dia bukak url ni http://www.legendresort.com.my/

    ala..kalau kita nak bercuti dgn family xdenya nak duk hotel tu..mahal bangat.hahaha..

    ReplyDelete
  3. tak berkesempatan lagi nak pegi tempat bercuti belah2 timur huhu

    ReplyDelete
  4. wah...bestnyer, sy blom sampai lagi kat situ.stakat lalu jeh cherating tu adelah..huhu bilalah dpt bercuti2 msia kat cna.

    ReplyDelete
  5. @HAZWAN17
    xpe..nnt ada masa pegilah...best tau tgk2 tmpt org ni...

    ReplyDelete
  6. @HaNTwO
    haha..cemburu sbb ko xpnah smpi cherating..wakakaka

    ReplyDelete
  7. @akmafaizal
    xpe..nnt sampailah tu...kumpul duit dulu tau :-)

    ReplyDelete