Kemudahan di Kembara Homestay

Friday, November 12, 2010

Kota Johor Lama

 





Esok aku dan suami bercadang nak pergi ke tempat ni...dah alang-alang tempat ni dekat dengan rumah kami...alang-alang baik pergi kan? Dapat kenal dengan tempat orang...Nanti boleh cerita kat Amani...hehe....Aku sebelum ni pon tak pernah tau kewujudan tempat ni...sangat menyedihkan bagi aku sebagai rakyat Malaysia..huhu....Kat bawah ni ada sedikit sebanyak cerita tentang Kota Johor Lama...Sumber dari Utusan Malaysia...Nanti kalau aku jadi pegi esok aku update dalam blog ek..



Kegemilangan Kota Johor Lama oleh Farik Salleh
utusanjohor@utusan.com.my


MUZIUM Kota Johor Lama  di Kota Tinggi, Johor.  - UTUSAN/MAZNAH

KOTA TINGGI 20 Mac - Sebut sahaja nama Kota Johor Lama (KJL) ramaidi kalangan warga Johor khasnya generasi muda tidak mengetahui tempatyang cukup bersejarah dan pernah meletakkan Johor sebagai pusatpemerintahan kesultanan Melayu yang cukup mahsyur sekitar tahun 1500-an.

Ini kerana kota yang terletak kira-kira 27 kilometer (km) daribandar Kota Tinggi merupakan pusat pemerintahan terpenting kesultananMelayu selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511 walaupunsejarah itu tidak diriwayatkan secara meluas dalam buku sejarah.

Ketua Unit Pusat Informasi KJL, Jabatan Muzium Malaysia, Hanif Bohari Abdul Rahimberkata,menerusi unit itu yang beroperasi sepenuhnya pada 2007 telah memainkanperanan secara proaktif dengan memberi penjelasan berkaitan sejarah KJLselepas kejatuhan Melaka.

Katanya, penyelidikan menunjukkan kegemilangan Kota Johor Lamasebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan pertahanan empayar Johortercatat dalam sejarah antara 1540 hingga 1587.

"Kalau kita amati ada dua pemerintah yang menunjukkankegemilangannya iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah II yang memerintahdari 1540 hingga 1564 iaitu selama 24 tahun dan Sultan Ali Jalla AbdulJalil Shah II (1573-1587)," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Jelas Hanif Bohari, pada dasarnya kota itu menjadi tumpuan parapedagang dari India, China dan Asia Barat yang menjadikan pelabuhantersebut mengatasi pelabuhan yang dikuasai Portugis di Melaka.

"Kekuatan benteng KJL pula dapat dilihat zaman pemerintahan SultanAli Jalla di mana dapat menangkis dan menghalau serangan Portugiskeluar dari Johor.

"Sejarah juga mengakui bahawa KJL menjadi tempat merangka pelan strategi untuk menyerang Portugis di Melaka," katanya.
Menurutnya, kesultanan Johor juga menganggap KJL sebagai pusatpentadbiran yang strategik berbanding kota-kota lain berikutankedudukannya di hujung Sungai Johor.

Selain itu kata Hanif, bagi membuktikan KJL merupakan lambangkeagungan kesultanan Melayu Johor ialah penemuan artifak-artifak hasilpenggalian arkeologi yang dilakukan dari 1960 hingga 2002 lalu yangberjaya menemui seramik dan tembikar tanah.

"Kita juga menemui makam lama iaitu Makam Sultan Alauddin, perigilama yang menjadi sumber air bagi penduduk di kota, rangka kapal,meriam serta pelurunya.

"Satu lagi kesan yang cukup jelas hingga ke saat ini ialah kubu ataupada ketika itu dikenali Kota Batu, mengambil sempena kedudukannya ditempat yang bernama Tanjung Batu, " katanya.

Menurutnya, bahagian utama tembok kota itu diperkuatkan dengan tigajenis susunan batu iaitu batu granit, batu karang dan batu lateraityang kemudian ditambak dengan tanah, bertujuan tidak musnah biladiserang musuh.

Tambah Hanif, hasil pemugaran juga telah menemui peluru meriam,serpihan seramik dan kepala patung yang bercirikan masyarakat Cina.

"Kalau kita amati patung Cina itu ia menunjukkan alat permainankanak-kanak ketika itu diimport dari China dan dijual kepada masyarakattempatan untuk dijadikan permainan kanak-kanak di KJL," katanya.

Katanya, bagi mempromosikan KJL pelbagai usaha dilakukan termasukmengadakan aktiviti kepada kumpulan sasaran iaitu pelajar dan KembaraSungai Johor bagi mendedahkan kumpulan itu dengan melihat sendiritempat bersejarah menerusi Sungai Johor.

"Hasilnya kita boleh lihat di mana jumlah kedatangan pengunjung meningkat dari tahun ke tahun,'' katanya.

"Contohnya pada 2007 hanya 9,000 pengunjung tetapi 2007 jumlahnyamencecah ke 11,000 orang dan dijangka tahun ini ia akan bertambah ke15,000 orang.

Menurutnya, jumlah pengunjung paling ramai dicatatkan pada musim cuti persekolahan hujung minggu dan cuti-cuti umum.
   
   






3 comments:

  1. buta sejarah je??? kan ade blaja kota johor lame....harapkan sejarah dapat A1 tapi sayang buta sejarah..hahahahahku ketawa!!!

    ReplyDelete
  2. wiyah : ha'a..bestlah jugak...ari2 terperap kat bandar penawar bosan gak..hehe


    ha : yeke penah belaja? aku kan suka tdo dalam kelas..tu yg aku x perasan agaknya...wakakakakaka....

    ko ni keje asik mengondem aku je...xpe2...jap lagi ko terimalah komen2 aku yg berbisa..

    ReplyDelete