Kemudahan di Kembara Homestay

Wednesday, April 27, 2011

Ikan bilis goreng tempoyak

Assalamualaikum semua...
Ha..harini aku nak share satu resipi istimewa from Negeri Sembilan...
Tempoyak kan sinonim dengan N.Sembilan (N.9)..
Oleh kerana suami aku orang N.9, maka sedikit sebanyak cara pemakanan aku pon ada kalanya dipengaruhi dengan ramuan tempoyak dan cili padi..
So, semalam husband aku request aku masak ikan bilis goreng tempoyak..
Ni first time aku nak masak dan makan benda ni...
Jadinya cara nak masak masakan ni kenalah aku aku tanya pada adik ipar aku...
Malam tadi aku try lah masak dengan hati yang tidak keruan sebab takut tak menjadi...
Mujur suami aku cakap sedap..logo den...ngehngeh...

So , ini bahan-bahannya :

BAHAN-BAHAN
Ikan bilis
1/2 biji bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
2 biji cili padi-tumbuk pakai lesung batu
 sedikit tempoyak
minyak untuk menggoreng

CARA BUAT
  1. Goreng dulu ikan bilis.
  2. Dah siap goreng ketepikan dulu,kasi sejuk dulu.
  3. Kemudia gunakan minyak yang sama untuk goreng ikan bilis untuk menumis bawang besar dan bawang putih.
  4. Dah agak-agak garing sikit masukkan pulak cili padi yang dah ditumbuk.
  5. Kacau sampai garing.
  6. Bila dah garing masukkan pula tempoyak.
  7. Goreng dalam 1-2 minit dengan api yang perlahan.
  8. Tutup api...sejukkan dulu.
  9. Bila ikan bilis goreng dan tempoyak tadi dah sejuk...baru campur kedua-dua bahan tadi (kalau tak nanti ikan bilis lemau)
  10. Tadaa...dah siap... :)
Trylah kalau sudi :)

6 comments:

  1. wahhhh.. cam sedap jek... nape x upload gambar.. boleh gak tgk sama ke x ngan awak buat..:)

    ReplyDelete
  2. @|| NaFiRaa ||sedap lah jugak kak raa...tempoyak tu bila dah goreng kaler dia jadi cam coklat2 sikit sbb dah bercampur ngan bawang yang dah goreng garing...nanti lenkali kita tangkap gmbr ye..huhu

    ReplyDelete
  3. kecurrrr liur tgh lapar tersangat nih...

    ReplyDelete